Tuesday, March 3, 2009

Trauma pramugara

KUALA LUMPUR: Seorang pramugara melalui tiga hari penuh menakutkan apabila diugut bunuh menggunakan pisau Rambo, selain penculik mengancam meletakkan mayatnya ke dalam belahan tilam sejurus dibunuh.

Malah kumpulan penculik terbabit menggunakan lebih RM20,000 wang mangsa yang dikeluarkan melalui mesin ATM selepas diarahkan memberi nombor pin.

Selain kaki dan tangannya diikat, enam penculik dipercayai warga Pakistan itu membelasahnya hingga lembik ketika ditahan dalam hotel, 23 Februari lalu.

Bagaimanapun, pramugara berusia 34 tahun dari Puchong itu berjaya diselamatkan selepas keluarga dan rakan menyedari kehilangannya mencari mangsa dengan bantuan ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan.

Hasil pencarian itu, mereka menemui kereta mangsa di tempat letak kenderaan hotel di Jalan Pudu. Mengesyaki sesuatu tidak baik berlaku kepada mangsa, kumpulan itu berusaha menyelamatkannya.

Dipetik daripada artikel harian metro 03 Mac 2009 .../..