Monday, November 29, 2010

Jawapan dan Kepastian

Satu jawapan yang aku perlukan selama ini telah terjawab jua akhirnya. Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah peribahasa yang sering diungkapkan apabila satu muslihat yang terbongkar. Jawapan yang sangat pasti telah terjawab depan mata aku bukan daripada mulut ke mulut. Luhur hatiku tatkala mendapat jawapan itu. Hatiku kini lege tetapi kenapa masih lagi aku rasai sangat rindu dan sangat berharap agar dia berubah. Aku sangat bersyukur kerana melihat dia bahagia bersama orang yang baik. Lebih baik berbanding diri aku ini. Jika aku ditakdirkan berjumpa dengannya lagi, akan aku ungkapkan dengan sebaris ayat sahaja iaitu..BERTAUBATLAH DAN TIADA APA INGIN AKU KATAKAN LAGI kerana sepanjang perkenalan aku dengannya aku tak pernah pinta apa-apa sekalipun. Aku sangat terkilan kerana aku gagal menyedarkannya bertapa agungnya kuasa Allah. Aku sangat berterima kasih kepada Yang Maha Esa kerana aku telah diberi peluang oleh Nya untuk menemui jawapan yang telah lama aku pendamkan dalam hati ini. Sekarang ini walaupun dalam hatiku ini masih terisi namanya kerana kerinduan dan kasih sayang aku kepadanya belum pernah hilang tetapi aku redha..setelah Allah memperlihatkan aku dengannya. Dia bukan milikku lagi. Dia bukan jodoh untuk aku. Aku perlu menerima segala ketentuan Illahi dengan hati yang penuh terbuka dan ikhlas. Dengan cara itu sahaja aku akan mendapat ketenangan. Sememangnya hatiku sangat sakit tetapi Dia yang lebih Maha Berkuasa menentukan segala-galanya. Aku sangat berterima kasih kepada Allah S.W.T kerana Dia masih menyayangi aku. Dan tiada lagi ungkapan cinta aku untuk manusia melainkan cinta aku kepada Allah S.W.T. Sayang aku hanya untuk kedua orang tua aku. Kepercayaan aku hanya agamaku. Sahabat aku hanyalah Al-quran nurkarim. Jika jodoh aku telah ditetapkan oleh Allah, aku akan terus menunggu. Aku juga redha jika aku ditakdirkan untuk bersendirian di muka bumi Allah ini. Sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui kenapa. Aku tak akan bertanyakan kenapa dia datang kepadaku tatkala dia menghilangkan diri lama daripada aku. Aku juga tidak akan bertanyakan kenapa dia menipu aku, aku tidak akan sekalipun bertanyakan apa-apa kecuali BERTAUBATLAH SAYANG DAN TIADA APA YANG AKU INGIN KATAKAN LAGI. Hanya doa aku iringin dengan air mata yang mengalir untuk kebahagiannya. Aku bersyukur kerana doa aku dimakbulkan Illahi. Aku sangat bersyukur kerana doa aku masih didengari olehnya. Mungkin perpisahan ini ada hikmahnya. Hanya Yang Maha Esa mengetahuinya. Walaupun aku tidak tahu apa salah aku kepadanya, kenapa dia tinggalkan aku tanpa berbicara dan berbincang apa-apapun dengan aku. Tetapi aku puas hati kerana jawapan itu telah aku jumpai. Dengan satu pertemuan diakhiri jua dengan satu pertemuan. Pertemuan kali ini bukanlah pertemuan perkenalan yang cukup manis seperti dulu. Masih segar dalam ingatan aku. Sunguh manis senyuman yang dilemparkannya kepada aku dan aku sambut dengan senyuman yang tawar kerana takut, gentar dan sangat malu. Tetapi pertemuan kali ini, aku jumpanya dengan seorang wanita yang baik mungkin kerana dari sudut pandangan mata aku dia sangat sopan hanya dari jauh aku tenungnya. Aku tidak pasti adakah dia terlihat kelibat orang yang sangat merindui dia ini. Tetapi jika dia juga seperti aku, alhamdulillah kerana tidak perlu aku berjumpa dengannya lagi kerana bagi aku tiada gunanya berjumpa jika hati sakit. Aku perlukan ketenangan. Aku sangat terkilan kerana dia tinggalkan aku begitu sahaja tanpa discussion. Tetapi itu adalah perangainya, aku kenal dan aku sangat memahaminya. InsyaAllah.Alhamdulillah. Dengan pertemuan jawapan itu, tamatlah sudah penantian aku terhadap orang yang aku sayangi selama ini.

Friday, November 12, 2010

Tanda tanya?

Aku seringkali melupakan Allah S.W.T kerana sibuk dengan agenda-agenda di dunia. Aku tahu mengenai hukum hakam agama tetapi aku seringkali melakukan larangannya. Aku takut akan pembalasan yang akan diberikan oleh Nya terhadap aku tetapi aku lalai terhadap suruhan Nya. Aku ingin bertaubat bersujud terhadap Nya tetapi aku lupa akan kenikmatan yang diberikan Nya kepada aku. Aku diberi rezeki yang berlimpah ruah tetapi aku tidak pernah bersyukur dengan segala anugera Nya itu. Aku mengingati Nya tetapi aku lalai mengabdikan diri kepada Nya. Aku seringkali memberi nasihat kepada setiap sahabatku tetapi aku sendiri melakukan kesalahan kepada Nya.

Apabila aku menunaikan solat, pelbagai masalah bermain dalam kotak fikiranku. Solatku tidak khusyuk. Aku takut solatku tidak diterima oleh Nya. Aku ingin bertaubat daripada segala dosa yang telah aku lakukan dahulu tetapi aku tidak tahu caranya. Aku ingin menjauhi kaum lelaki tetapi aku tidak mampu menidakkannya. Seringkali aku ingin menjauhi kaum itu berada dalam hidup aku setiap kali itu jugalah ada sahaja yang cuba mendekatiku. Aku tidak tahu adakah ini takdir Allah ataupun ada hikmah di sebaliknya. Dalam hati aku, hanya Allah sahaja yang aku sayangi dan cintai. Begitu juga kedua orang tua aku, aku sayang mereka kerana merekalah aku berada di dunia ini dan membesar dengan sihat. Aku terlalu bersyukur. Tetapi aku juga sayangkan kawanku yang bernama lelaki. Aku tidak tahu adakah perasaan ini seharusnya hadir dalam hatiku ataupun tidak. Aku tidak ingin mempermainkan perasaan kawanku itu tetapi tanpanya, aku merasakan hidupku ini macam ada yang tidak kena. Aku menyukai orang lain tetapi aku sayang dia. Dialah teman, sahabat, adik, kekasih. Aku sangat selesa bila berada di sampingnya. Dia tak romantik, tak kacak, tak ada apa yang ada pada luarannya yang aku sukai tetapi aku sangat selesa bila dengannya. Aku jadi peramah, suka bergurau, suka mengusik, dan aku boleh jadi diri aku sendiri tidak seperti kekasih aku yang lain dahulu. Aku banyak berlakon, bersikap berpura-pura kerana ingin menyesuaikan diri dengan mereka sehinggakan aku fed up dan bosan. Tetapi dengannya lain..aku rasa lain sangat. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku rasa gembira, aku rasa entahlah!! Aku rasa diri dihargai, disayangi, dihormati.BERSAMBUNG../...


Wednesday, November 10, 2010

ISU ROKOK


Tabiat merokok di dalam masyarakat masa kini amatlah meruncingkan hati setiap orang di sekeliling mereka. Keadaan ini memaksa ramai di antara keluarga / sahabat terdekat dengan siperokok berada dalam keadaan tidak selesa. Ada dua(2) fatwa(pendapat) mengatakan bahawa hukum merokok ini adalah makruh(iaitu jika lakukan maka tidak mendapat dosa tetapi jika menghindarinya maka mendapat pahala) tetapi ada juga yang mengatakan bahawa merokok ini hukumnya haram kerana merokok boleh menghayalkan siperokok. Apapun pendapat(fatwa) marilah kita membaca / meneliti segala perihal / isi kandungan dalam rokok ini. Sekadar untuk berkongsi ilmu yang ada. sila klik link ni untuk membaca lebih lanjut >> HIDUP SIHAT TANPA ROKOK