Tuesday, March 3, 2009

Bayi kena dera

DUNGUN: Dia baru berusia 16 bulan, namun kesan calar dan luka kecil pada beberapa bahagian tubuhnya cukup untuk menimbulkan kecurigaan ibu bapanya.

Kecederaan bayi terbabit disedari bapanya yang berusia 30 tahun sebaik mengambilnya dari pusat penjagaan kanak-kanak berhampiran rumah mereka di Taman Bersekutu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Pasangan suami isteri itu menghantar bayi lelaki itu ke pusat penjagaan kanak-kanak terbabit setiap hari berikutan kedua-dua mereka bekerja.

Difahamkan, bayi berkenaan berada di pusat penjagaan itu bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Bagaimanapun, bapa mangsa yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta di daerah ini terkejut apabila mendapati sebahagian besar tubuh anaknya terdapat kesan calar dan luka kecil.

Khuatir dengan kecederaan dialami bayinya, lelaki itu membawanya untuk rawatan di sebuah klinik swasta di daerah ini kira-kira jam 9.30 pagi semalam, tetapi disarankan membuat laporan polis kerana curiga dengan kecederaan itu yang disyaki berpunca daripada perbuatan manusia.

Bagi mendapatkan kepastian, doktor klinik berkenaan menyarankan pasangan suami isteri itu membuat rawatan susulan di Hospital Dungun (HD).

Tindakan HD merujuk kes bayi berkenaan kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ) semakin meresahkan pasangan itu yang curiga dengan kecederaan anak mereka.

Dipetik daripada artikel harian metro 03 Mac 2009 .../..

asyik2 kes dera baby...budush betul orang yang dera baby 2..cube anak ko yg kene dera xke padah rasa nya...senang citer r..lau ko mse kecik2 ko kene blasah aper yg ko rase mse 2..mest r sakit kn...xkn r dengan rela ati ko smpai ati nengok baby 2 kene sekse...xkesian ker kat baby 2...xrase syg ker kat baby 2..mater baby 2 bundar jer pndang korg yg suke nyeksa baby...cube la sekali sekala b4 korg henyak baby 2...korg pndang mater baby 2 betul2..ida percaya pas korg pndang mater baby 2...mest korg xkesampaian ati nk dera baby lg da..pling xpn...naluri ati seorang ibu n bapak 2 mest ader gak r..lau PENAT NGAT WAT KEJE...trik napas..ngucap byk2...pas2 senyum jer..grenti korg xrase nk dera baby lg da pas nih..praktik kn la care 2...Allah Maha Berkuasa dan Penentu segala-galanya.