Tuesday, March 3, 2009


IBU KEMBAR 8...huhui..

NADYA Suleman menjadi ibu tunggal paling terkenal di dunia selepas melahirkan lapan bayi kembar beberapa minggu lalu, sekali gus menjadikan jumlah anaknya kepada 14.

Tetapi, dengan melihat kepada Nadya, tidak akan ada orang yang menyangka dia berada di tengah kontroversi seluruh dunia atau dapat membayangkan bagaimana dia akan membesarkan sebegitu ramai anak.


Nadya, 33, yang mempunyai enam anak lain di bawah usia lapan tahun, memeranjatkan dunia dengan sikap tenangnya. Bekas jururawat psikiatrik itu tersenyum sambil berkata: “Saya mempunyai rancangan — setiap hari saya akan lebih bersedia. Saya tidak fikir orang ramai yang memarahi dan menyelar saya akan membantu saya menguruskan 14 anak. Saya tidak akan membiarkan diri saya tenggelam dengan kecaman itu demi kehidupan anak saya.

Menjadi anak tunggal mendorong Nadya yang berasal dari Los Angeles untuk memiliki begitu ramai anak.

Katanya : “Sudah menjadi impian saya sejak sekian lama untuk mempunyai ramai anak, keluarga besar. Saya teramat rindu untuk mempunyai hubungan dan kaitan dengan orang lain, sesuatu yang tidak pernah saya peroleh ketika membesar.”

Hakikat bahawa bayi kembar lapannya diperoleh menerusi teknik penyuburan menyebabkan banyak tanggapan berbeza mengenai wanita itu. Kemudian, apabila media mendedahkan bahawa anaknya yang lain juga diperoleh menerusi teknik penyuburan, bermulalah satu perbahasan hangat mengenai tindakan wanita itu.

Nadya dan doktor yang membantu proses kehamilan cara itu diselar hebat.

Namun, sambil membelai kepala anaknya, Nadya tidak sedikitpun menunjukkan rasa kesal atau kecewa, jauh sekali tertekan.

“Ini Noah. Dia semakin sihat,” kata wanita itu perlahan.

“Ini pula Jonah. Dia mencetuskan masalah. Jeremiah pula menjalani rawatan sakit kuning....”

Lapan bayi ajaib itu dilahirkan pada 26 Januari lalu. Pasukan perubatan seramai 46 orang di Hospital Kaiser Permanente mulanya menyangka hanya ada tujuh. Tetapi, tiba-tiba muncul bayi yang kelapan. Ia mungkin terlindung oleh adik-beradiknya yang lain ketika ujian pengimbasan.

Bayi itu pada mulanya dilabelkan ‘A’ hingga ‘H’ sebelum dinamakan Noah, 12.1 kilogram, Maliah, 1.24, Isaiah, 1.47, Nariah, 1.13. McCai 680 gram, Josiah, 1.24 kilogram, Jeremiah, 595 gram dan Jonah 1.21 kilogram.

Seorang demi seorang bayi itu akan dibawa pulang dalam masa beberapa bulan lagi ke rumah Nadya yang dikongsi bersama ibubapanya.

Keinginan Nadya untuk memperoleh anak bermula sejak dia berkahwin dengan Marcos Gutierres. Pasangan itu sudah bercerai. Nadya tertekan selepas mengetahui dia tidak mampu mengandung secara semula jadi.

“Saya berdepan dengan banyak masalah. Satu-satunya pilihan yang ada ialah menerusi teknik penyuburan,” kata Nadya.

Dia menjalani proses pengeluaran benih sementara seorang teman lelaki bersetuju mendermakan sperma dan embrio pertama berjaya dimasukkan pada 2001.

“Kemudian, apabila dilahirkan dan anak saya semakin membesar, saya sedar dia perlukan adik. Saya lahirkan tiga lagi selepas itu sebelum melahirkan bayi kembar dua pada 2006,” katanya.

Nadya menggunakan wang bantuan untuk orang kurang upaya bagi membiayai rawatannya.

“Saya juga bekerja dua syif sehari. Saya berjimat. Selepas yang keenam, terlintas di hati saya untuk memiliki lebih ramai lagi anak.”

Kerana tidak mahu membazirkan baki enam embrio, Nadya meminta doktornya menanam semua embrio itu pada dirinya. Dia tidak sangka semuanya akan hidup dan dua daripadanya akan membentuk dua lagi pasangan kembar.

“Orang ramai mungkin tidak menyedari mengenai hal ini. Nisbahnya amat rendah untuk satu embrio menjadi bayi. Yang paling banyak yang saya jangka hanyalah kembar dua,” kata wanita itu.

Hanya sebulan selepas proses penanaman embrio itu, perut Nadia sudah membesar luar biasa.

“Saya menjalani ujian pengimbasan dan pada mulanya mereka hanya melihat lima. Saya begitu gembira dan terharu,” katanya.

Malah, ketika doktor menerangkan bahaya dan ancaman kesihatan yang dihadapinya dan juga kandungannya, Nadya masih tidak bimbang atau takut.

Tetapi dia mengaku, ketika tarikh melahirkan kandungannya semakin hampir, dia berasa bersalah, bimbang dan kecewa terhadap dirinya.

Bagaimanapun, proses melahirkan itu berjalan lancar.

“Ia sungguh menakjubkan. Semuanya berjalan lancar, tenang dan tersusun. Tetapi tiba-tiba berlaku hiruk-pikuk. Orang ramai marah dan mengutuk saya. Ketika itu saya mula menangis. Saya begitu terkejut.”

Walaupun Nadya bertegas menyatakan dia gembira untuk menukar 250 lampin seminggu dan menyuapkan makanan 320 kali kepada anaknya, ramai pakar sangsi keupayaannya.

“Sepanjang 30 tahun saya tidak pernah memberi rawatan penyuburan kepada wanita yang sudah mempunyai enam anak. Saya juga tidak pernah mendengar ada doktor lain yang melakukannya,” kata pakar sakit puan, Dr David Adamson.

Pakar sakit jiwa, Jenn Berman pula berkata: “Mustahil bagi satu orang untuk memenuhi kehendak semua 14 anaknya.”

Ibu Nadya begitu marah dan berkata dia sungguh kecewa dengan tindakan anaknya.

Pelakon, Naomi Watts berkata, dia tidak tahu bagaimana Nadya akan membesarkan anaknya.

‘Keluarga yang mempunyai dua anak juga sudah boleh dianggap ramai,” kata pelakon itu.

Namun, Nadya Suleman tidak bersetuju.


no coment jer la...ekekeke..payah mmg payah seorang ibu nk jage ank yg beg2 ramai...tp xmustahil..kerana ibu mempunyai ati yg beg2 penyayang...kasih ibu kasih sejati..bez gak dpt baby kembar...ekekeke..kepada ibu2 yg punyai anak kembar 2...tabah kn lah ati mu d mase menjage baby2 mu itu..kerana di sebalik kesusahan pasti ada hikmatnya...insyaAllah.

LG 1..CARE MACAM C NADYA NIH BUAT DARI SEGI HUKUM ISLAM ADALAH HARAM...KERANA DIA MENGAMBIL BENIH TEMAN LELAKI NYA DAN BUKAN SUAMI NYA YG SAH..TEKNIK PENYUBURAN YG DILAKUKAN NYA TAK SALAH TP BENIH NYA YG HARAM...kalau nk baby ngat...carik la seorang suami yg baik akhlak nya dan iman nya.