Monday, December 20, 2010

NAPSU PELIK LAKIK


pix_middle

KUALA LUMPUR: Malang bagi satu pasangan suami isteri apabila rumah tangga yang pada mulanya aman damai kini bergolak hanya kerana situasi janggal - si suami mempunyai selera pelik ketika bersama.

Mana tidaknya, si isteri yang inginkan dirinya dibelai dengan kasih sayang dan sentuhan manja, sebaliknya diratah suami yang lebih berselera melihat isteri disakiti.

Itulah nasib malang menimpa Niza, 26, yang tidak tahan dengan kelakuan suami, Ramli, 26, seolah-olah beraksi dalam filem lucah ganas mat saleh.

Ada kalanya Ramli mengikat Niza di katil sambil memukul atau setidak-tidaknya mencubit bahagian tertentu tubuhnya. Bahkan, pernah juga suaminya itu memasukkan sesuatu pada kemaluan isterinya untuk mendapat rangsangan seks.


Selepas hampir dua tahun diperlakukan begitu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Niza akhirnya nekad melarikan diri untuk pulang ke pangkuan keluarganya yang menetap di sekitar Gombak, dekat sini, pada Oktober lalu.


Niza berkata, dia sudah kerap menasihati suami supaya tidak melayannya sedemikian rupa, tetapi ia tidak pernah bertahan lama.

“Lama kelamaan dia akan mengulanginya semula. Sebab itu, saya tidak dapat bertahan lagi.

“Sebagai isteri, saya hanya mahu dia (suami) melayan saya sebagaimana isteri normal yang lain. Jika berterusan begini, saya rasa cukup terseksa,” katanya.

Menurut Niza, pada mulanya dia hanya mahu untuk mengasingkan diri bersama suami buat sementara waktu dan tinggal bersama keluarga namun apabila memikirkan suami yang mungkin tidak akan berubah, dia mengambil keputusan untuk bercerai.

“Keluarga sering bertanya dan mendesak, apa masalah saya dengan suami. Saya beritahu mereka kami berkelahi dan hanya mendiamkan diri jika ditanya puncanya.

“Saya malu untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Bagaimanapun, selepas nekad untuk berpisah dengan suami, akhirnya saya terpaksa jelaskan semuanya pada ibu saya,” katanya.

Niza berkata, keluarga menghalang keputusannya untuk bercerai dan mereka mahu perkahwinan mereka diselamatkan.

Katanya, mulanya dia buntu untuk menyelamatkan rumah tangga mereka kerana tidak sanggup menerima layanan buas suaminya lagi.

“Ayah menjelaskan pada saya suami mungkin boleh berubah jika dirawat.

“Mulanya, saya kurang yakin bagaimana soal yang membabitkan hubungan seks dan nafsu begini boleh dirawat.

“Namun selepas memikirkannya dengan keadaan waras, apa salahnya untuk mencuba. Lagi pula, suami tidak membantah dan bersedia untuk mendapatkan rawatan jika perlu demi menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya.

Kini, Ramli dibawa mendapatkan rawatan secara Islam bagi membuangkan selera pelik yang membelenggu dirinya ketika bersama dengan isteri.

Ketika ditemui, Ramli tidak menafikan dia suka menyakiti isterinya ketika berasmara semata-mata untuk mendapatkan kepuasan.

“Jika tidak berbuat demikian, saya tidak akan berasa ghairah. Bagaimanapun, saya tahu dia (Niza) tidak suka saya buat dia begitu.

“Masalahnya, sukar pula untuk saya mengawal diri. Jadi keputusan untuk mendapatkan rawatan begini mungkin adalah jalan terbaik untuk saya, lagi pula saya sangat menyayangi isteri dan tidak mahu berpisah dengannya,” katanya.

Ramli berkata, dia nekad untuk mengubah sikapnya dan berharap hubungan mereka suami isteri berkekalan.

Sehubungan itu, katanya, dia akan membuang sikap buruknya yang ada kala gemar menonton filem lucah ganas dan pelik, selain cuba bersikap normal kepada isteri ketika bersama.

“Saya difahamkan juga ada kemungkinan nafsu pelik yang saya miliki ini adalah disebabkan keturunan atau saka. Saya tidak pasti mengenainya, tetapi tidak salah berubat.

“Saya sedar apa yang saya lakukan pada isteri tidak patut sebagai seorang yang beragama Islam. Saya sepatutnya melayan dan membelai dia dengan baik.

“Saya bersyukur, isteri masih memberi peluang kepada saya. Begitu juga dengan keluarga yang ambil berat dan cuba menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya.


P/S>> pagi tadi jam 6.55am aku on pc terus online metro berita semlm..punyer lah terkejut bila aku baca jer 1 artikel nih seperti di atas mengenai perlakuan pelik lakik ketika bersama. Gila ka apa dok wat camtu kat wife dia. Teruk betul..hingat kn perempuan ini haiwan ker ato hamba tuttt semata2. Aku rasa..perlakuan seperti ini mesti dorongan filem lucas...haish..lau da mcm 2..hukumnya haram...sbb bkn atas kerelaan wife nya..da dpt dosa sbb menyakiti wife...bkn itu shj malah keretakan rumah tangga pn berlaku sbb kn mende nih. xtau la org skang nih, ilmu rumah tangga kurang, didikan agama kurang, xpernah amik tau soal mcm nih..haishhh...MasyaAllah..aku nk komen byk ngat isu nih pn xbleyh jugak coz aku bkn nya miss perfects pn..byk gak kesilapan demi kesilapan yg aku lakukan huhu. Tp pemikiran itu mesti lah matang, kalau smemang nya childish pn..kematangan itu mesti kene semat gak dlm perilaku seharian coz pemikiran yg matang jer bleyh selamat kan masalah yg melanda. Kalau dijawab persoalan mengenai napsu itu kemungkinan ada kaitan dgn keturunan ato pn saka..saya akan menjawab, hanya dengan mengingati Allah S.W.T shj dpt menghindarkan diri drp berkelakuan seperti syaitonirrajim yg dilaknat Allah S.W.T. jgn salah kn keturunan ato org lain. Jika solat kita lengkap 5 waktu sehari, sntiasa melakukan amal jariah, sntiasa berdoa..hasutan syaitonirrajim akan kalah kerana Allah S.W.T itu Maha Berkuasa. Hanya org yg tak beragama shj yg akan menyalahkan benda lain.haishhh..


MORAL>>>SENTIASA MENJAGA ADAB PERILAKU, SOLAT fardhu jgn tinggal, sentiasa menitik berat kn soal agama dalam aktiviti seharian, sayangilah suami atau isteri kerana sayang nya seihlas hati bkn kerna napsu..kahwinilah dia kerana agama nya ttp bkn kerana napsu.

Tuesday, December 14, 2010

LATIHAN 5S

Hari ini aku ngan 3 org lg rakan2 aku ada latihan 5S di Bangunan Keusahawanan kat presint 2 tue..huhu...x abeyh2 ngan 5S. Jabatan aku sememangnya sudah mendapat pengiktirafan 5S tetapi cawangan2 jer belum kene 5S adehhhhh..malas tul la.tp nk buat camner kn...layan kn aja la huhu..lagipun bangunan yang cawangan aku tumpangni pun da nak kene 5S da tahun depan huhu so, layankan jer la.