Thursday, July 19, 2012

Kerinduan

Tatkala angin bertiup menghembus suasana sepi, terasa sayu dalam hati bila terkenang apa yang sudah. Hujan yang membasahi bumi fana ini. Begitulah hatiku menangisi segala yang terjadi dalam hidup ini. Daun daunan yang kering melayang disapa angin yang bertiup kencang, berderai-derai air mata ini menitis membasahi pipi. Berdukanya hati ini tiada siapa yang ingin mengetahui sehinggalah khabar berdesing di corong telinga mereka. Hati ini ingin bercerita namun jiwa dan akal merintih untuk berdiam sahaja. Aku rindukan anak yang kukandungkan selama 8 minggu 5 hari. Walaupun umur kandunganku masih tidak matang lagi ibarat pisang yang masih muda tetapi bagiku anak tetap anak. Jiwa ini merintih dalam mimpi bila sunyiku diusik gelisah. Tatkala hati ini gembira kerana ada sahabat yang akan menemani hariku, namun sayu terasa sepi melinap dalam sanubari apabila anakku disapa pergi. Aku sangat menyayanginya untuk selamanya. Meronta diri ini terasa ingin turut serta berjumpa dengannya. Keringnya hati ini memanggil-memanggil untuk bertemu semula. Tidak sempat untukku rasa kegembiraan keibu bapaan. Derita hati belum terubat tapi kutabah hati kukuat diri ini meneruskan hidup di bumi fana kerana masih ada lagi yang menyayangi. Malam yang sunyi kuubat dengan wajah yang sugul seorang pelindung diri ini. Kutatap rautnya sehingga terpadamnya jagaku ini. Kabar gembira masih ada. Kuharap, bila ombak menghempas lautan yang tenang akau terjawab untuk dengan kegembiraan hidup berkeluarga. Lengkapnya sebuah kehidupan di alam fana dan indahnya mimpi untuk ke alam syugra Firdausi. InsyaAllah...

Wednesday, March 7, 2012

Veil Nikah

Manalah aku nk carik veil nikah aku ni..nk sewa jer ke nk beli jadik hak milik kekal terus...da jumpe entry yg jual veil yg sgt cantik tp xda respon lg pulak..aku nk cepat veil tue secepat yang mungkin. Haisshhh..entry dia dekat cni http://www.ayunar.biz/search/label/Hijab%20For%20Wedding ..boleh tahan lah lawa nya...kalau aku  pakai suweet suweet gitu :"> ..hikhikhik... :-( tp xda respon daripada ayun 2 lg..mcm mana nih...nk kol terus ka nk sms ja senang..aku da jatuh hati da dekat 1 set veil 2...ala2 arabian sedikit sangat lawa..lepas 2 tambah purdah...pergghhh..lawa lawa :D ..semoga ayun bg respon dengan enquery aku tuw...amin..

Friday, November 25, 2011

SEDIH

Aku sedih dengan semua orang yang selalu fikir diri aku jahat..padahal aku selalu cube untuk menjaga ati semua orang, tolong orang, dan sedaya upaya untuk tidak bercakap buruk pasal org. Aku tak perdaya untuk menyakiti hati org even aku tak suke smpai mampus pn org 2 tp aku tak sampai ati nk sakit kn hati org. cume...kadang2 2 biasa lah..setiap pg aku sll moody lg pn dorg pn xpndai nk amik port yg betol bila nk borak ngan aku nak2 lg skang nih aku dirundum mslh yg amat besar. org lain bkn nyer tahu pn apa yg aku alami, kesusahan aku, kesedihan aku. sehinggakan aku rasa dalam hidup nih seperti aku tak ada sapa2. mcm aku sorg2 jer hidup kat dunia nih..kadang2 2 aku rasa kn...aku jer sll nk kene jage hati dan perasaan org lain sedang kn hati n perasaan aku siapa lah yg nk jage..berat tanggungjawab aku as anak sulong neyh...da lah aku sll mkn ati ngan adik2 aku nak2 lg angah 2..tak pernah langsung dia ada rasa respect kat aku as kakak dia yg sulong...aku sedih sgt. adik2 aku yg laki nk juga respect aku. aku sedih sangat2 sedih. lg 1, mengenai kenduri kahwin aku pn aku da risau..aku tak tahu lah apa nk buat skang nih.kadang2 2 aku rasa da mls plak nk kawen..mcm susah jer nk kahwin mcm org lain tak suka aku kahwin. mcm org lain suke aku terus bergelomang ngan dosa. mcm aku rase dorg mcm suke aku masuk neraka. aku sentiasa iri hati ngan org lain yg selalu bahagia. even tunang aku syg aku, kadang2 dia pn aku tgk mcm selfish jugak...aku sll mengalah, sll patah kn ego aku as anak sulong. kadang2 2 aku rasa..tunang aku mcm tak syg aku. mcm2 yg aku rasa skang nih. br lah aku tahu, bertapa besar nya kuasa Allah. sebelum ni, aku tak pernah bersyukur ngan nikmat kurniaanNya. sekarang nih aku dapat balasanNya. mulut jer kt syukur tp hati aku tak pernah..ntah lah smpai bila harus aku pertahan rasa takut, tak yakin diri. seperti...aku nk duk sorg2 jer dlm lobang tanah..tp aku takut untuk berjumpa dengan Nya dalam keadaan aku yg masih kotor..hati yg masih tak suci...ntah lah..