Thursday, July 19, 2012

Kerinduan

Tatkala angin bertiup menghembus suasana sepi, terasa sayu dalam hati bila terkenang apa yang sudah. Hujan yang membasahi bumi fana ini. Begitulah hatiku menangisi segala yang terjadi dalam hidup ini. Daun daunan yang kering melayang disapa angin yang bertiup kencang, berderai-derai air mata ini menitis membasahi pipi. Berdukanya hati ini tiada siapa yang ingin mengetahui sehinggalah khabar berdesing di corong telinga mereka. Hati ini ingin bercerita namun jiwa dan akal merintih untuk berdiam sahaja. Aku rindukan anak yang kukandungkan selama 8 minggu 5 hari. Walaupun umur kandunganku masih tidak matang lagi ibarat pisang yang masih muda tetapi bagiku anak tetap anak. Jiwa ini merintih dalam mimpi bila sunyiku diusik gelisah. Tatkala hati ini gembira kerana ada sahabat yang akan menemani hariku, namun sayu terasa sepi melinap dalam sanubari apabila anakku disapa pergi. Aku sangat menyayanginya untuk selamanya. Meronta diri ini terasa ingin turut serta berjumpa dengannya. Keringnya hati ini memanggil-memanggil untuk bertemu semula. Tidak sempat untukku rasa kegembiraan keibu bapaan. Derita hati belum terubat tapi kutabah hati kukuat diri ini meneruskan hidup di bumi fana kerana masih ada lagi yang menyayangi. Malam yang sunyi kuubat dengan wajah yang sugul seorang pelindung diri ini. Kutatap rautnya sehingga terpadamnya jagaku ini. Kabar gembira masih ada. Kuharap, bila ombak menghempas lautan yang tenang akau terjawab untuk dengan kegembiraan hidup berkeluarga. Lengkapnya sebuah kehidupan di alam fana dan indahnya mimpi untuk ke alam syugra Firdausi. InsyaAllah...