Monday, November 21, 2011

KURSUS PRA PERKAHWINAN

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijabat dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang manunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t menjadikan manusia itu berpasang-pasang, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

“Nabi melihat tangan di sebalik tirai berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda. “jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dengan ina).” (Abu Daud, 4166) dan (an-Nasa’iy 5092)

Hari Sabtu bertarikh 19.11.2011 hingga 20.11.2011 aku hadir kursus pra perkahwinan yang dianjurkan oleh Alshahir Sdn. Bhd. Macam-macam pengetahuan aku dapat dan macam-macam ilmu yang aku pelajari. Kursus pra perkahwinan adalah diwajibkan pengambilannya oleh pihak JAKIM untuk membuat permohonan kebenaran berkahwin kepada para bakal pengantin. Hal sedemikian adalah untuk memberi pendedahan kepada para bakal pengantin mempersediakan diri dan hati sebetul-betulnya sebelum berkahwin. Walaupun terlalu singkat hari berkursus namun input yang aku perolehi sangat banyak. Slot-slot yang diajar atau diberi pendedahan adalah berkaitan dengan ibadah, aqidah, prosedur perkahwinan, pengurusan stress, pengurusan kesihatan, pengurusan sumber kewangan, komunikasi suami isteri, penceraian, konsep perkahwinan, dan pelbagai lagi. Yang paling aku tertarik ialah slot penceraian. Bukan aku suka slot ini untuk bercerai tetapi slot ini amatlah penting untuk kami untuk mengetahui apakah proses-proses penceraian, cara-cara penceraian, apakah hak2 yang diperolehi, implikasi atau apa sahaja mengenai penceraian. Aku da ada pendedahan lama dah mengenai penceraian ini tetapi aku ingin mengetahui lebih mengenainya dan ternyata aku dapat mengatahuinya alhamdulillah. Kursus Pra Perkhawinan ini juga dapat membantu para bakal pengantin untuk mengetahui dan mempelajari bagaimana caranya untuk memohon kebenaran berkahwin mengikut negeri permastautin dan seterusnya. Ujian HIV juga diwajibkan untuk bakal pengantin sebelum 3 bln tarikh pernikahan. Dan aku dapat tahu, ada Jabatan Agama atau Pejabat Agama negeri tidak menerima ujian HIV dari negeri selain qariah bakal pengantin tersebut dan ada juga jabatan agama atau pejabat agama yang menerima hiv test dari negeri lain selain qariahnya e.g: JAWI. Syukurlah.

Semalam dan dulu semalam aku tersangat-sangatlah terasa hati dengan tunang aku sendiri. Bukannya apa, tunang aku seperti ingin menjauhi diri aku dan seperti dia malu kerana mempunya tunang seperti aku. Aku tahu aku buruk, tak cantik, bodoh, tua 2 tahun berbanding dia, berjawatan rendah, pelajaran pun kurang tinggi. Tapi aku juga punyai perasaan. Hari Sabtu lagi aku lihat tunang aku seperti endah tak endah jer dengan kewujudan aku di situ. Kalau turun makan tue, dia tinggalkan aku sorang2 turun. aku tengok orang lain semuanya turun bersama, tetapi aku?! sedih rasa hati aku. Even aku minta dia tunggu aku untuk turun makan bersamapun dia seperti lari2 daripada aku. Sesungguhnya aku amat-amat sedih dan terasa hati yang sangat-sangat dengan kelakuan tunang aku. even bagi dia, benda tue terlalu kecil tapi bagi aku amat besar. tunang aku sangat baik, sangat bertanggungjawab walaupun kadang-kadang dia sendiri seperti mencari-cari jalan kebenaran, aku tak pernah kisah asalkan dia tahu hukum hakam agama. Aku tak pernah rasa malu mempunyai tunang seperti dia. paling aku kecil hati semasa dia bertanyakan kepada aku, " ida, perasan tak perempuan yang duduk sebelah ida pakai cincin tunang ker x" even aku tak tahu niat sebenar dia kenapa dia tanya macam tu tp bagi aku seolah2 dia ingin mengenali orang lain. Aku sememangnya tersangat-sangat kecil hati dengan kelakuan tunang aku sepanjang perjalanan kursus pra perkahwinan tue. Aku tak nak langsung berkongsi kasih dengan orang lain sebab orang lain selalu merampas hak aku. dan kenapa harus aku berkongsi kasih sedangkan orang lain jahat terhadap diri aku! keyakinan diri aku sudah hilang, dan untuk itu..tunang akulah harapan aku untuk terus bersemangat untuk teruskan kehidupan ini. Aku tahu tunang aku sayang aku, tapi sampai bila-bilapun aku tak rela untuk hidup bermadu, bagi aku jika dia ingin cari sorang lagi sebagai suri hidup dia, aku lebih rela mengundur diri dan mengalah sahaja. aku betul-betul sudah hilang keyakinan diri dan semangat untuk hidup.

Mengenai persiapan perkahwinan, mak ngan abah yang uruskan. pelamin dan baju pengantin jer tugas aku untuk cari. Bersambung...