Monday, November 29, 2010

Jawapan dan Kepastian

Satu jawapan yang aku perlukan selama ini telah terjawab jua akhirnya. Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah peribahasa yang sering diungkapkan apabila satu muslihat yang terbongkar. Jawapan yang sangat pasti telah terjawab depan mata aku bukan daripada mulut ke mulut. Luhur hatiku tatkala mendapat jawapan itu. Hatiku kini lege tetapi kenapa masih lagi aku rasai sangat rindu dan sangat berharap agar dia berubah. Aku sangat bersyukur kerana melihat dia bahagia bersama orang yang baik. Lebih baik berbanding diri aku ini. Jika aku ditakdirkan berjumpa dengannya lagi, akan aku ungkapkan dengan sebaris ayat sahaja iaitu..BERTAUBATLAH DAN TIADA APA INGIN AKU KATAKAN LAGI kerana sepanjang perkenalan aku dengannya aku tak pernah pinta apa-apa sekalipun. Aku sangat terkilan kerana aku gagal menyedarkannya bertapa agungnya kuasa Allah. Aku sangat berterima kasih kepada Yang Maha Esa kerana aku telah diberi peluang oleh Nya untuk menemui jawapan yang telah lama aku pendamkan dalam hati ini. Sekarang ini walaupun dalam hatiku ini masih terisi namanya kerana kerinduan dan kasih sayang aku kepadanya belum pernah hilang tetapi aku redha..setelah Allah memperlihatkan aku dengannya. Dia bukan milikku lagi. Dia bukan jodoh untuk aku. Aku perlu menerima segala ketentuan Illahi dengan hati yang penuh terbuka dan ikhlas. Dengan cara itu sahaja aku akan mendapat ketenangan. Sememangnya hatiku sangat sakit tetapi Dia yang lebih Maha Berkuasa menentukan segala-galanya. Aku sangat berterima kasih kepada Allah S.W.T kerana Dia masih menyayangi aku. Dan tiada lagi ungkapan cinta aku untuk manusia melainkan cinta aku kepada Allah S.W.T. Sayang aku hanya untuk kedua orang tua aku. Kepercayaan aku hanya agamaku. Sahabat aku hanyalah Al-quran nurkarim. Jika jodoh aku telah ditetapkan oleh Allah, aku akan terus menunggu. Aku juga redha jika aku ditakdirkan untuk bersendirian di muka bumi Allah ini. Sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui kenapa. Aku tak akan bertanyakan kenapa dia datang kepadaku tatkala dia menghilangkan diri lama daripada aku. Aku juga tidak akan bertanyakan kenapa dia menipu aku, aku tidak akan sekalipun bertanyakan apa-apa kecuali BERTAUBATLAH SAYANG DAN TIADA APA YANG AKU INGIN KATAKAN LAGI. Hanya doa aku iringin dengan air mata yang mengalir untuk kebahagiannya. Aku bersyukur kerana doa aku dimakbulkan Illahi. Aku sangat bersyukur kerana doa aku masih didengari olehnya. Mungkin perpisahan ini ada hikmahnya. Hanya Yang Maha Esa mengetahuinya. Walaupun aku tidak tahu apa salah aku kepadanya, kenapa dia tinggalkan aku tanpa berbicara dan berbincang apa-apapun dengan aku. Tetapi aku puas hati kerana jawapan itu telah aku jumpai. Dengan satu pertemuan diakhiri jua dengan satu pertemuan. Pertemuan kali ini bukanlah pertemuan perkenalan yang cukup manis seperti dulu. Masih segar dalam ingatan aku. Sunguh manis senyuman yang dilemparkannya kepada aku dan aku sambut dengan senyuman yang tawar kerana takut, gentar dan sangat malu. Tetapi pertemuan kali ini, aku jumpanya dengan seorang wanita yang baik mungkin kerana dari sudut pandangan mata aku dia sangat sopan hanya dari jauh aku tenungnya. Aku tidak pasti adakah dia terlihat kelibat orang yang sangat merindui dia ini. Tetapi jika dia juga seperti aku, alhamdulillah kerana tidak perlu aku berjumpa dengannya lagi kerana bagi aku tiada gunanya berjumpa jika hati sakit. Aku perlukan ketenangan. Aku sangat terkilan kerana dia tinggalkan aku begitu sahaja tanpa discussion. Tetapi itu adalah perangainya, aku kenal dan aku sangat memahaminya. InsyaAllah.Alhamdulillah. Dengan pertemuan jawapan itu, tamatlah sudah penantian aku terhadap orang yang aku sayangi selama ini.