>>>LaGu Ni La IdA dGr tImE sEdIh2..(time layan prasaan aka jiwe) :p huhui...mendalam maksud nyer..hayati lah...
TAJUK LAGU>>SUFI
KUMPULAN>>DAMASUTRA
Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
biar rebah dihina kau tak berubah
kau mengusai selautan
yang tersembunyi di genggaman
nafi dan isbat kau sandingkan
sebagai tali pegangan
sufi kau hilang di pandangan
ada di dalam keniknamatan
engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
andai tertutup tirai sufi
yang terang tidak nampak terang
inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan
inginku tempuh titianmu
dari kekasih ke kekasih
pengabdianku bersamamu kasih
biar rebah dihina kau tak berubah
ibnu Naim>>jika dilihat secara biasa lagu ini adalah seperti lagu cinta buta. tapo jika dlihat sari segi hakikat, lagu ini mengandungi maksud2 yang menyatakan perjalanan seseorang dalam mendalamai ilimu sufi atau tasawuf atau tariqat.
jika dirujuk kembali lirik tersebut ada menyatakan "Nafi dan Isbat kau sandingkan sebagai tali pegangan" - Nafi dan Isbat adalah Lafaz tauhid iaitu Lailahailallah. "La illaha" adalah sebutan bagi (menafikan) dan illahailallah mengisbatkan (membenarkan).
satu lagi berkenaan dengan sebutan "tirai". tirai ini bermaksud hijjab (dinding penghalang) kepada insan yang belum mengenal Allah. jadi, bila kita belajar mengenal Allah, hijjab itu akan terbuka sedikit demi sedikit.
fahami lagu ini dengan ilmu tasawuf yang mengajar tentang mengenal Tuhan sebaik-baiknya. jangan sampai mensyirikkan Allah sampai menyatakan Allah itu bertempat (di asrah). kalau kita katakan begitu dia yang duduk di singgahsana (arash) menyerupai makhlukNya yang juga bertempat sedangkan dalam Hadith menyatakan bahawa laitha kamithlihi syaiun wahuwas sami u'lbasir: tiada suatupun yang menyerupaiNya dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.
Wallahu a'lam.
ikhlas:
ibnu Naim - Saksikan Allah dengan Mata hati, baru lengkap syahada kita.