Apabila aku menunaikan solat, pelbagai masalah bermain dalam kotak fikiranku. Solatku tidak khusyuk. Aku takut solatku tidak diterima oleh Nya. Aku ingin bertaubat daripada segala dosa yang telah aku lakukan dahulu tetapi aku tidak tahu caranya. Aku ingin menjauhi kaum lelaki tetapi aku tidak mampu menidakkannya. Seringkali aku ingin menjauhi kaum itu berada dalam hidup aku setiap kali itu jugalah ada sahaja yang cuba mendekatiku. Aku tidak tahu adakah ini takdir Allah ataupun ada hikmah di sebaliknya. Dalam hati aku, hanya Allah sahaja yang aku sayangi dan cintai. Begitu juga kedua orang tua aku, aku sayang mereka kerana merekalah aku berada di dunia ini dan membesar dengan sihat. Aku terlalu bersyukur. Tetapi aku juga sayangkan kawanku yang bernama lelaki. Aku tidak tahu adakah perasaan ini seharusnya hadir dalam hatiku ataupun tidak. Aku tidak ingin mempermainkan perasaan kawanku itu tetapi tanpanya, aku merasakan hidupku ini macam ada yang tidak kena. Aku menyukai orang lain tetapi aku sayang dia. Dialah teman, sahabat, adik, kekasih. Aku sangat selesa bila berada di sampingnya. Dia tak romantik, tak kacak, tak ada apa yang ada pada luarannya yang aku sukai tetapi aku sangat selesa bila dengannya. Aku jadi peramah, suka bergurau, suka mengusik, dan aku boleh jadi diri aku sendiri tidak seperti kekasih aku yang lain dahulu. Aku banyak berlakon, bersikap berpura-pura kerana ingin menyesuaikan diri dengan mereka sehinggakan aku fed up dan bosan. Tetapi dengannya lain..aku rasa lain sangat. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku rasa gembira, aku rasa entahlah!! Aku rasa diri dihargai, disayangi, dihormati.BERSAMBUNG../...