Thursday, March 26, 2009


SARDAR JEE

Boss: Where were you born?

Sardar: India ..
Boss: which part?
Sardar: What 'which part'? Whole body was born in India .



2 sardar were fixing a bomb in a car.
Sardar 1: What would you do if the bomb
explodes while fixing.
Sardar 2: Dont worry, I have one more.



Sardar: What is the name of your car?
Lady: I forgot the name, but is starts with 'T'.
Sardar: Oh, what a strange car, starts with Tea. All cars that I know start with petrol.



Sardar joined new job. 1st day he worked till late evening on the computer. Boss was happy and asked what you did till evening.
Sardar: Keyboard alphabets were not in order, so I made it alright.


Museum Administrator: That's a 500-year-old statue u've broken.
Sardar: Thanks God! I thought it was a new one.



At the scene of an accident a man was crying: O God! I have lost my hand, oh!
Sardar: Control yourself. Don't cry. See that man. He has lost his head. Is he crying?



Sardar: U cheated me.
Shopkeeper: No, I sold a good radio to u.
Sardar: Radio label shows Made in Japan but radio says this is 'All India Radio!
'


NOW THE LAST TWO ULTIMATE:
In an interview, Interviewer: How does an electric motor run?
Sardar: Dhhuuuurrrrrrrrrr. .....
Inteviewer shouts: Stop it.
Sardar: Dhhuurrrr dhup dhup dhup...



Tourist: Whose skeleton is that?
Sardar: An old king's skeleton.
Tourist: Who's that smaller skeleton next to it?
Sardar: That was same king's skeleton when he was a child
.

Wednesday, March 25, 2009

TENSION

konon bace buku perintah2 am 2..hampeh...tah lew..mcm xder semangat jer nk bce buku tuh...da nk exam da nih..haish :-( ...berat otak nk berpk da..knaper lah...??..bushan tul!!!

Friday, March 20, 2009

Ayam cucuk

SHAH ALAM: Halalkah ayam yang anda makan? Persoalan itu mungkin menjadi tanda tanya apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu pusat penyembelihan ayam di sekitar Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, dekat sini, awal pagi semalam menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syarat.

Lebih mengejutkan apabila 38 pusat penyembelihan yang diperiksa itu turut memaparkan siri logo halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis masing-masing, tetapi pemeriksaan mendapati cara penyembelihan itu meragukan.

Dalam operasi jam 3.30 pagi semalam dan berakhir tiga jam kemudian itu membabitkan Jais, Jabatan Mufti Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Alam Sekitar. Turut sama dalam operasi itu Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.

Pegawai Jais, Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pemeriksaan ke atas premis terbabit mendapati ayam itu tidak disembelih dengan betul, tetapi ia diproses sebelum di jual di pasar di sekitar Lembah Klang.

“Ada ayam itu cuma dicucuk lehernya dan ada juga yang disembelih tidak mengikut hukum syarak.

“Selain itu, pemeriksaan juga mendapati pusat penyembelihan ini juga turut mencampur aduk ayam yang hendak dijual kepada orang bukan Islam sekali gus menyebabkan ia tidak halal,” katanya di sini, semalam.

Malah, beberapa tin kosong minuman keras turut ditemui di sekitar premis terbabit.

Difahamkan pusat penyembelihan itu mendapat bimbingan daripada Jakim mengenai cara penyembelihan yang betul.

Mohd Hidayat berkata, operasi besar-besaran itu dibuat selepas pihaknya menerima beberapa aduan daripada pengguna yang curiga dengan status ayam yang dibeli sebelum membuat risikan dan menyerbu pusat penyembelihan ayam terbabit.

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan makanan yang dimakan orang Islam dan pusat penyembelihan terbabit diarahkan ditutup serta-merta.

“Semua ayam itu dirampas bagi membolehkan kami melakukan siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Enekmen Syariah 10 (a) iaitu perbuatan menyebabkan Islam dipandang hina.

“Kami juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara ini supaya menghubungi Jais untuk tindakan lanjut,” katanya.

Thursday, March 19, 2009


Kenduri air mata

KANGAR: Majlis akad nikah dijadualkan esok, manakala kenduri pada Sabtu ini sudah diatur, tetapi kini hanya tinggal kenangan.

Ini kerana bakal pengantin lelaki terbunuh selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah motosikal lain sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Kampung Sungai Padang, dekat sini, petang kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 7.45 malam, Ku Herizuan Ku Lah, 26, menunggang motosikal seorang diri untuk ke rumah datuknya di Simpang Empat di sini.

Mayatnya ditemui dalam parit berhampiran tempat kejadian.

Bapa mangsa, Ku Lah Desa, 52, berkata semua persiapan untuk perkahwinan anak sulungnya itu, termasuk membeli pakaian, kasut, hantaran dan belanja majlis kenduri pada Sabtu ini sudah dibuat.

Berikutan kematian anaknya itu, majlis perkahwinan mangsa dengan pasangannya, Suhaila Rejab, 26, ditukar kepada kenduri arwah berikutan keluarga terbabit sudah menjemput tetamu sejak sebulan lalu.

Katanya, arwah yang bekerja sebagai buruh kontrak sibuk sebelum kejadian, tetapi kelihatan gembira ketika mengumpul kayu dan mengupas kelapa untuk majlis perkahwinannya.

Selepas itu, dia bergegas ke rumah datuknya di Simpang Empat.

“Ketika dalam perjalanan, dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal ditunggangi terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Kampung Sungai Padang,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Arwah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala dan mayatnya ditemui dalam keadaan tertonggeng dalam parit berhampiran jalan.

Ku Lah berkata, sebelum kejadian, anak sulungnya daripada dua beradik itu keluar dengan bakal isterinya membeli cincin perkahwinan untuk majlis akad nikah.

“Sejak dua tiga hari ini, arwah begitu sibuk mengurus majlis kenduri perkahwinannya termasuk menghantar kad jemputan dan semua persiapan dilakukannya sendiri bagi meringankan bebanan kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Trafik Daerah Kangar, Cif Inspektor Roslan Mohamed, berkata mayat mangsa yang bekerja sebagai buruh kontrak itu ditemui orang awam dalam keadaan tertonggeng di dalam parit berhampiran jalan raya berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati motosikal dinaiki mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah motosikal lain sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di tempat kejadian.

“Mangsa tercampak ke dalam parit dengan kepalanya terjunam ke bawah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat dibawa ke HTF untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, penunggang motosikal berusia 36 tahun yang bergesel dengan mangsa hanya cedera ringan dan dirawat di HTF.

Katanya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Jodoh dan pertemuan itu ditentukan Allah..kita hanya merancang tp Yang Maha Esa Penentu segalanya. Yang pergi tetap akan pergi...yang hidup teruskan perjuangan untuk hidup..Allah itu Maha Adil, Dia lebih Mengetahui dalam Menentukan Yang Mana Lebih Baik Untuk Hamba Nya. Sejauh mana pn kita berusaha..sesusah mana pun kita merancang...setiap jawapan hanya ada pada Allah..kalau Allah dah tentukan kita akan kembali kepada-Nya awal tanpa mengikat tali perkahwinan..redha jer la...sebab itu janji kita pada Allah sebelum kita ditiup roh ke dalam rahim ibu kita..igt lah kita, amal kebajikan dan solat itu lebih penting berbanding daripada apapun di dunia ini..seberjaya mana pun kita, tapi kita xpernah mengingati Allah, nescaya kita akan kerugian. Syurga seorang anak di bawah telapak kaki ibu, syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami..berbuat baiklah kita kepada semua orang..sejahat mana pun mereka, mereka tetap saudara seagama islam kita..golongan Adam dan Hawa. janganlah kita menghianati sesama kita...insyaAllah..berdoalah senantiasa...sentiasa bersabar dengan apa yang menimpa diri kita..kerana Allah sangat menyayangi hambanya yang sentiasa bersabar dalam menempuh segala ujian-Nya.Allah akan mengganjarkan sesuatu di sebalik kesabaran itu, insyaAllah.

AL-FATIHAH UNTUK ARWAHYARHAM Ku Herizuan Ku Lah, semoga Allah tempatkannya di sisi orang2 yang beriman dan bertaqwa. insyaAllah.

Wednesday, March 18, 2009

BENCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCC
CCCCCCCCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII BETULLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL AKU LENCUNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
NNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN KENEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE UJJJJJJJJJJJJJJJAAAAAAAAAANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN LLLLLLLLLEEEEEEEEEEEEEBBBBBBBBAAAAAAAAAAAAAAAAAATTTTTTT
TTTTTTTTTTT TTTTTTTTTDDDDDDDDDDDD
DDDDDDDDDDDDDD.AKKKKKKKKKKKKK
KKKKKKUUUUUUUUUUUUUUUUUUU NNNN
NNNAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKK
KKKKKKKK EEEEEELLLLLLLLLLLLLLLLL MMMMMMMMMMAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK AAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU XXXXXXXXXXXXXXXXXXXBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBAAAAAAA
AAAAAAAAAAAAGGGGGGGGGGIIIIIIIIIIIII.
..BENNNNNNNNNNNNNNNNCCCCCCCCCCCCCCCCCIIIIIIIIIIIIII BBBBBBBBBBBBBBBBBEEEEEEEEEEEEEEEETTTTT
TTTUUUUUUUUUUUUUUULLLLLLLLLLLLLL...DA KKKKKKUUUUUUUUUUUUUUYYYYYY
YYYYYUUUUUUUUUUUUUUUUPPPPPPPPPPPPPPP NGAAAAAAAAAAAAAAAATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT NNNNNNNNNNNNNNNNNNNIIIIIIIIIIIIIIIII..NNNNNNNNNNNKKKKKKKKKKKKK BBBBBBUUUUUUUUUAAAAAAAAATTTTTTTTTTTTTTTT KKKKKKKKKEEEEEEEEEEJJJJJJJEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE PNNNNNNNNNNNNNN SSSSSSSSSUUUUUUUUUUUUUSSSSSSSSS
SSSSSAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHH...AAAAAAAARRRRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHH

Tuesday, March 17, 2009

Adlin, Emelda pilih hari jadi

Percintaan terjalin selama empat tahun bernoktah juga apabila rombongan peminangan dengan enam kereta diketuai bapa saudara Adlin yang juga adik ibunya, Ruminah Sidek (Mak Mah), Rosnan Sidek selamat tiba di rumah keluarga Emelda di Kampung Melayu Batu 8, Ulu Kinta, Perak, jam 12.30 tengah hari, Sabtu lalu. Hadir sama, sahabat karib Adlin, pengarah, produser dan novelis, Raja Azmi Raja Sulaiman.

Imbas kembali detik awal percintaan teruna dara itu, Emelda berkata dia mula meminati dan mengagumi kematangan serta keperibadian pelakon, pengarah dan penulis skrip itu tatkala menyaksikan lakonan hebat Adlin dalam filem Puteri Gunung Ledang (PGL).

"Ketika itu saya baru berlakon dan Amylia pula baru berkahwin dengan AC Mizal. Pada satu majlis anjuran Astro, Adlin hadir sama. Cuba mengusik saya, AC Mizal beritahu Adlin saya meminatinya. Itulah episod awal perkenalan kami. Setahun berkawan, kami jatuh cinta.

"Saya bahagia berkawan dengan Adlin. Perwatakan garang dan serius namun semakin lama mengenalinya dia lelaki budiman yang kaya dengan kasih sayang.

"Selepas lama berkawan, sejak tahun lepas kami ingin bertunang tetapi ada saja halangan termasuk jadual kerja yang sentiasa menghambat kami berdua apatah lagi Adlin terlalu banyak komitmen.

"Adlin kuat bekerja sehinggakan tiba saat kami hendak bertunang, dia masih tenggelam dalam timbunan kerja yang tidak pernah berkurang. Majlis merisik diadakan 8 Ogos tahun lalu dan sepatutnya tidak lama selepas itu disusuli dengan pertunangan tetapi tak kesampaian.

"Tetapi selepas emak (Rokiah Ibrahim, 63) menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada pankreasnya sebulan lalu, majlis pertunangan ini tidak boleh bertangguh lagi. Abah (Abdul Hamid Mad Ally, 64) pergi terlebih dulu menyahut panggilan Ilahi pada 24 Februari tahun lalu tanpa sempat melihat saya naik pelamin.

"Terkilan rasa hati namun Allah lebih tahu apa yang baik buat hamba-Nya. Bimbang terjadi apa-apa kepada emak, elok kami segerakan majlis pertunangan ini. Maka tarikh 14 Mac dipilih untuk melestarikan cinta kami kepada satu ikatan yang lebih kukuh yang juga hari jadi saya ke-29," katanya.

Akui Emelda, pada mulanya mereka bercadang mengadakan majlis pernikahan dan persandingan sekali gus tetapi tidak sempat membuat persiapan dan dahulukan majlis pertunangan.

"Syukur segalanya berjalan bagai dirancang meskipun sebaik saja majlis pertunangan ini berlangsung, Adlin yang datang sama terpaksa bergegas balik ke KL kerana dia perlu hadir dalam konsert minggu pertama AF7 (Akademi Fantasia musim ketujuh) sebagai pengkritik tetap.

"Lewat petang saya juga pulang ke KL kerana esoknya (semalam) saya bersama Adlin menghadiri majlis persandingan Que Haidar dan Linda Jasmine di Kulai, Johor," katanya.

Bergelar tunangan dan bakal menjadi isteri, tiada apa yang merubah rutin hidup Emelda kerana Adlin memahami minat bakal isterinya itu. Dia terus berlakon dan akan ke lokasi telefilem arahan Rashid Sibir, Bukan Ini Pintaku untuk siaran Astro dan drama 26 episod, Jongkang Jongkit arahan Adlin.

Kesibukan sedia ada akan bertambah kerana dua bulan dari sekarang, pasangan itu akan diijabkabulkan. Jika majlis pertunangan diadakan pada hari jadi Emelda, majlis kenduri dan persandingan pula bakal dilangsungkan pada hari jadi Adlin, 23 Mei ini.

Dengan senyuman terukir di bibir, Emelda berkata, dia akan memastikan majlis perkahwinannya itu meriah dengan kehadiran saudara-mara, sahabat handai dan wartawan yang banyak membantu kejayaan kerjayanya dan Adlin.

"Saya tidak mahu cerita wartawan bersungut susah hendak membuat liputan perkahwinan artis terjadi pada majlis saya nanti. Saya akan berkongsi kebahagiaan itu dengan semua orang. Tiada apa yang patut saya sembunyikan kerana ia perkara baik malah saya perlukan restu semua demi kebahagiaan kami.

"Cuma pada majlis pertunangan ini, kami tidak menjemput ramai hanya saudara-mara terdekat. Bagaimanapun, kedatangan wartawan ke majlis ini tetap kami sekeluarga raikan," katanya.

Kemunculan Emelda paling dirasai peminat drama Melayu menerusi lakonannya dalam Manjalara dan Kekasih Ku Seru. Kredibiliti Adlin pula terserlah menerusi watak Sultan Mahmud dalam filem dan teater Muzikal Puteri Gunung Ledang.

Dalam keseriusan wajah dan kelantangannya mengkritik pelajar AF, ada sisi komedi dalam diri anak seniman ternama, Allahyarham A R Tompel. Lakonannya dalam Los & Faun arahan Afdlin Shauki menggeletek hati penonton.

Di ambang kebahagiaan bakal bergelar isteri, Emelda menyedari dugaan hidup sebagai anak seni. Bagaimanapun, dia yakin persefahaman yang terjalin sekian lama antara mereka mengukuhkan ikatan kasih sayang dan rumah tangga yang bakal dibina.

"Kami berkecimpung dalam bidang sama dan saya tahu perangai Adlin yang kurang melayan perkara remeh temeh di lokasi kerana tumpuan utamanya ialah kerja. Saya pernah bekerja dengannya dalam drama Labu Labi dan Madu Tiga. Bukan saja tidak melayan kerenah pelakon lain malah saya pun dilayan sama seperti mereka.

"Tiada keistimewaan diberi di lokasi walaupun saya kekasihnya. Moga caranya itu berterusan sampai bila-bila. Sesiapa pun mengharapkan istana yang dibina utuh selamanya," katanya.

Hari itu, Emelda menyarung baju kurung moden rona putih yang menjadi warna kegemarannya. Ia rekaan sahabat baiknya, Kia Conggo. Pentas untuk menyarung cincin pertunangan ditempah khas dari Nasha Butik di Ipoh. Gubahan hantaran hasil kerja tangannya sendiri kerana di samping berlakon, Emelda juga suka kerja seni dan fesyen.

Pada majlis itu Emelda menerima tujuh dulang hantaran termasuk sepersalinan baju, manisan dan kuih-muih dengan dibalas sembilan dulang tetapi jumlah hantaran balas itu bertambah dengan pemberian saudara-mara.

"Selepas pemergian ayah, emak bergilir tinggal dengan kami empat beradik yang semuanya menetap di KL. Ingat hendak buat majlis ini di KL tetapi emak mahu buat di rumah pusaka tinggalan arwah ayah kerana saudara-mara kami pun ramai di sini. Sejak emak tinggal di KL rumah ini pun hilang seri," katanya.

Emelda menerima cincin pertunangan emas putih bertatah berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh kakak Mak Mah, Jumaiyah Sidek sambil disaksikan Mak Mah sendiri. Sebagai balasan, Adlin turut disarungkan cincin perak oleh bakal ibu mentuanya.

Wang hantaran ditetapkan RM29,000 dan mas kahwin, RM1,001. Bagaimanapun, Mak Mah menambah RM1,000 lagi sebagai hadiah kepada bakal menantu menjadikan wang hantaran RM30,000.

Adlin berkata, dia tertarik pada kelembutan yang ada pada Emelda memandangkan dia agak 'keras' orangnya.

"Emelda banyak mengajar saya untuk berlemah- lembut. Emak saya pun lembut juga tetapi biasalah kalau emak mengajar, payah kita hendak ikut tetapi kalau dengan kekasih hati cepat pula kita boleh berubah. Emak dan Emelda senada dan seirama membuatkan mereka cepat serasi. Emak puji bakal menantunya cantik.

"Emak tahu saya kerja kuat dan tiada siapa menjaga makan minum saya. Sekarang emak lega ada orang yang akan menjaga kebajikan saya. Emelda sangat mengambil berat dan semua ciri seorang isteri yang diidamkan ada padanya. Emelda memberi ketenangan kepada saya dan harap perkara itu berterusan dalam rumah tangga kami nanti.

"Perwatakan saya yang keras, kuat bekerja dan cara berfikir sama macam bapa yang berdarah Mandailing. Apabila bercakap, suara arwah keras dan tegas. Apa yang bapa buat dulu iaitu mengarah dan menulis skrip, itulah yang saya buat sekarang.

"Sikap penyayang pula diwarisi daripada emak. Orang Jawa cakapnya lembut. Emak kata saya mewarisi sikapnya dan bapa," katanya.

Bagi mengukuhkan keutuhan rumah tangganya dengan Emelda, Adlin berkata sebolehnya dia tidak mahu membuka ruang kepada masyarakat dan wartawan untuk memperkatakannya. Dia tidak mahu orang menjaja cerita rumah tangganya. Biarlah orang memperkatakan mengenai kerjaya mereka.

"Selama berkawan pun, kami tidak terlalu mendedahkan diri bagi mengelakkan kontroversi," katanya

Oleh kerana majlis persandingan mereka tidak lama lagi, Adlin dan Emelda mula membuat persiapan. Begitu pun, Adlin lebih senang menyerahkan kepada Emelda untuk memilih konsep dan warna tema majlis itu.

"Saya ini lelaki, ikutlah saja cita rasa orang perempuan. Yang mana elok bagi Emelda, baiklah untuk saya. Majlis persandingan itu akan diadakan di tiga tempat, Ipoh, kampung emak di Meru, Klang dan di KL untuk meraikan kawan-kawan. Destinasi berbulan madu belum difikirkan lagi," katanya.

Latar keluarga Adlin, adik-beradik sebapanya ada 18 orang. Manakala adik-beradik seibu pula enam orang. Bagaimanapun jelas Adlin mereka semua rapat dan rumah Mak Mah di Meru tempat berkumpul. Mak Mah juga menjadi pakar rujuk anak-anaknya.

SUMBER DIPETIK DRP HARIAN METRO ..17/03/2009../...

Monday, March 16, 2009

PAGI YANG PALING SENGAL

Bermulanya pagi yang sesebel lg..ida bushan. pagi ni ida p sarap kat kafe...MUYAH GLEW TIOT rege sarap pagi nyew...perggghhhhh..rm1.00 jew...amik nasik greng chine n sedikit tempe n sedikit timun...bez2..lunch hour kang xyah mamom lew...ekekekeke...leh save budget..lau korg berhajat nk mamom sarap muyah mai lew ke kafe AG...ekekekeke...ida 2run bekpest ngan uye n enot lew...cam beser..ekekeke...dorg mcm nk pecah yot boyak..haku wat cool jew...otak kuw pk mende lain ekekekeke..dorg senyum haku senyum dorg gelak haku gelak...tp otak ku pk mende lain ekekeke..sory dude.

ctew psl bespren haku laks...ajan..mlm td tah kul bapew ajan msg haku mengata kn moto dia nyew tayo bucus..(mlm wak2 tdus) malang tul nasib dia semlm ekekeke...(faddan mukes ajan :p) ..sengal ya amat nyeW...tp, cian gaks..huhui.

bercerita laks psl opis kuw..1 keje da settle..tngal 1 lg keje lum settle2...adeh wei..tah bilew tah nk settle2 keje nih...haku mls laks nk bukak sore..kang terbukak sore ku yg manjew ni kang..ramai lak yg tergode ekekekek hakhakhakhak wakakakakakakaka..(sore ida sore cam katak puru jew) :p ...so, wat cool sudah.. :p ...

kang cek bush cek bush nk meeting...lantak p dorg la nk meeting kew apew kew...ida xpduli pn..xde kene ngene pn...2 keje dorg..so, lntak dorg nk settle kn sume nyew...ekekekekeke..yg pnting ida meredeka jap kang... :p

ok r, stakat ni jew r ida mlalut dan mrapu cam ikang krapu...ida da start sakit tngkuk..penin palew...mencik tul lew..

sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

:p

Friday, March 13, 2009

DiS NoT Of mY ReAL sIGnAtUrE

TEXTAREA_ID
DI PAGI YANG HENING INI

Assalammua'laikum w.b.t...

Pagi ni ida mai opis dgn motor..beser r...lum pindah putrajaya lg..td ujan renyai2...lari2 lew..pagi nih ida se mau demam...badan macam xlarat jew..penin n kabur jew...igt xmo mai keje(amik mc)..tp pk gak saper lak nk anta p kinik xkn nk berjln kaki laks...huhui..semlm ptg punyer lah lebat ujan wei...xterkate wei..lencun jew daku kene ujan...mls cter pnjang bab nih..awal bulan 4 nih daku exam perkhidmatan...dlu haku x amik lg...so, skang jer la br nk amik..sume2 kursus da p n lulus dengan jaya nya pn..tngal exam jer lum p lg nih...so, member haku pinjam kn haku buku pkpa, n perintah2 am...lg 1 buku pasal panduan pengurusan pejabat haku da ade da kat umah...ekekekeke..pas ni time cuti2 nih haku xdpt nk hu ha hu ha ..coz haku mau pecah kn kpala ngan menela'ah buku2 nih...mmg la exam leh tgk buku cam study dlu(time case study jer leh tgk buku pn..sbb tarak jwpn dlm buku) ekekekeke..tp maner lah cukup mse nk selak2 segala isik dlm buku nih...sejam jer pn mse yg diberi kn...ida skali amik 2 sesi exam...belah pagi n tengahari..mudah-mudahan dipermudah oleh Allah segala usaha dan pekerjaan yg dilakukan hambanya. makna nya bulan nih ida xjd nk amik lesen lg..coz cam berat lak sume nk wat dlm mse yg terdekat nih...bulan depan pn ida amik dlm ujung bulan 4 gak..pagi nih...kuih yg dibekal kn oleh bapak kuW adalah sejenis kuih keria n kuih sagu merah..haku suke kuih keria jer...yg lg 1 nih nmpak nyer bawak lik umah jer la..haku rase dats ol jer la wat mse nih...ader time lg nnt haku merapu tah haper2 lg erh...kang tengahari time lunch haku xtau lew nk ikot kuar ker idak..se mcm mls jew nk bergerak dr tmpat duduk nih..tp dorg kat cni maner gheti baser...time lunch hour pn bg keje..kaciau gak ketenteraman haku nih...>>(private language:-budush tul)..ekekeke...gaji tang 2 gak..wat keje mcm2 pn takat 2 jer r gaji haku...skang nih haku xtau aper job scop sebenar haku..sume keje admint haku buat...>>(private language:-bengok tul) ..cek bush meeting di pagi ari nih...lantak meke lew..nk bicare psl akaun awam lew 2..haku xpeduli pn..coz not of my jobline<<==kater2 yg tersembunyi pls dont tell my cek bush ekekeke (cam gerun jer kutuks2) ..suke tul kutuks2 nih...wawawa..ok r...i thing dats ol..mende tah mrapu2 nih..buang cekadak jew...ader ker patot haku kater halangan dlm english gape hahahhahah golek2 sib mber haku xpasan..yg sebetul nyew...halangan 2 barries o biers..ekekekeke...

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

:p

Tuesday, March 10, 2009

Sepanjang 3 hari bercuti hujung mingu lepas.

ari sab2 ...7/03/2009
mcm biasew la...ida dok umah jew...celik jer bijik mater, ida dok depan tv cangok rancangan2 bes..mcm beser r...gua tonton katun yg comel2 ekekeke...pas2 sarap cam beser..pukul 7pm ida tgk sinchan...pas 7.30pm tgk doremon...ekekekeke..comel2 jer katun2 2...trutama sinchan..bes bes...angah lik umah mingu nih so aper lg..start perang mulot b4 tdo smpai lew celik smule mater d ari berikut nya..pas2 tgk cter alien vs predetor...bes wOo cter action nih..terngange we ol tgk cter nyew...ekekeke..

ari ahad...8/03/2009
ari ahad nih...adeh wei..cam beser..nothing spesel should 2 say here...bcoz..mMm...bgn cam besr...pas2 cangok depan tv tgk katun ekekekeke...budak jiran sbelah umah ida ber2nang ari ahad nih..dapat budak pahang...xsilap ida budak temerloh kot..boleh tahan gak r 2nang dia nyer rupe but...his not my tase cheeeeewah...(demand tiot) :p ..sepanjang ari nih, mak kuW punye la bz be bona erh...ank jiran yg ber2nang dia yg pling bz..ish ish ish...dr pagi menelong santak lew ke ptg...aduhai..tp mak ida nih la mak yg pling baik n pling memahami ank2 dia..tau ngat dia ank2 dara dia pemalas org nyer...dia lik umah masak smbal tumis yg pling dgemari we ol adik badik trutama paris lew...budak nih lau mamom jer smbal tumis, perggghh berkilat pingan 2..smpai leh suloh muke ekekeke...xyah basuh pingan pn xper.. :p ...mak cik sbelah umah nih prajak ida ngan adik ida mai ghumah dia teman anak nyer ber2nang lew...tp mls r...sbb ida xsuke ramai2..semak do...kang ader jer yg bertanye..ko blew lg...hampeh...wat fennin palew ida jer..ala..lg pn makcik sbelah ghumah nih sebona erh nk pnunjuk anak dia ber2nang dlu...cheh..hampeh...(haku tau jer niat makcik sbelah ghumah) ekekek da mmg 2 pangai dia sejak dlu wei. xclap ida, rombongan yg mai dalam 7 buah kete lew...xlew ramai ngat..sbb mkcik ni kater...dia jmpot 2oojmputan tp ramai xdpt menghadirkan diri mereke d sbb kn masalah2 terten2..ekekeke.pas2 dongar cito dorg celebrate skali emy(adik jiran ku) nyer birthday..yg ke bapa ida uper...ekekeke.pas2..mlm nyer lak...ida ngan kuarge p umah mak indok lak..celebrate birthday ank abg spp kuW..yg ke bape pn ida uper ekekeke...mkn2 borak2 chot chet chot chet smpai lew jam 11pm br lik umah...smpai umah smbung lg borak2..kehkehkeh..ghumah kuW mmg gamat asik beborak jew...yg xmenahan nyer 2..bab politik...ekekeke..pas2...tdos leW...

ari isin...9/03/2009
ari ni aku terbgn awl ekekekeke...ri ni rajin lak daku tlg mak wat kije ghumah tange nih...cuci pingan, tlg msk..yg xwat basuh baju jew..sbb ari asik ujan jew..naik mnyampah nk basuh bajus..lau basuh pn mest bau hapak nyew..pas2...cam biaser r...asik borak2 ngan ma moms...psl politik lew...ekekek..belah ptg nyer plak...anta angah lik ILP...budak nih dok perli ida..nape ko nyebok ikot..spanjang dlm kete dia dingin ngan daku..sedih gak dlm ati nih...nk wat camner kn thn kn jer la...smpai jer kat ILP Kuala Langat 2...ku cube mnghulur kn tgn ku..xdsalam nyer...cheh..hampeh..ku thn lg sebak d ati ini..pas2 ckp tnyer mak naper budak sekoq 2 sombung ngat mak...mak pn cam sokong kate2 kuw..a'aah sombung lak budak 2.pas2..we ol lik la ghumah...mantok punyer la xleh ckp..glew2 punye mantok dok dlm kete 2...(skang ni ida kuat tdo) ekekeke :p ..ida ikot parents anta angah lik ILP pn sbb nk tau parents ida slmt pegi n slamat smpai..slamat pulang umah smule, lg pn bushan gak asik dok umah jer kn...pas2 smpai umah dlm kul 8pm xclap...ida tdo dlu pas2 tgk cter julia juli sbb xdpt tgk wak2 ptg nyer...abih jer cter 2..gua pn iron bajuS...n pas2 tdus jer koje nyew..ekekekeke...

selasa... 10.03.2009
ari ni daku smpai kul 7.15am...awl kn..ekekeke...nk wat camner terpakse punyer psl...lg pn..td pagi lift bukak 1 jer...so, brebut2 lew..sib kejap jer pas berjln seperti beser..lau idak...abih la..huhui...

Thursday, March 5, 2009

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

  1. Asap
  2. Dajjal
  3. Binatang melata di bumi
  4. Terbitnya matahari sebelah barat
  5. Turunnya Nabi Isa A.S
  6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  7. Gerhana di timur
  8. Gerhana di barat
  9. Gerhana di jazirah Arab
  10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq" Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."

MEMPERINGATI HARI AKHIRAT.

AYAT KURSI MENJELANG TIDUR

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahwa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahwa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahwa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."


SEKADAR MEMBACE DAN JD KN PANDUAN HIDUP KITA SEHARI HARIAN...

Tuesday, March 3, 2009


IBU KEMBAR 8...huhui..

NADYA Suleman menjadi ibu tunggal paling terkenal di dunia selepas melahirkan lapan bayi kembar beberapa minggu lalu, sekali gus menjadikan jumlah anaknya kepada 14.

Tetapi, dengan melihat kepada Nadya, tidak akan ada orang yang menyangka dia berada di tengah kontroversi seluruh dunia atau dapat membayangkan bagaimana dia akan membesarkan sebegitu ramai anak.


Nadya, 33, yang mempunyai enam anak lain di bawah usia lapan tahun, memeranjatkan dunia dengan sikap tenangnya. Bekas jururawat psikiatrik itu tersenyum sambil berkata: “Saya mempunyai rancangan — setiap hari saya akan lebih bersedia. Saya tidak fikir orang ramai yang memarahi dan menyelar saya akan membantu saya menguruskan 14 anak. Saya tidak akan membiarkan diri saya tenggelam dengan kecaman itu demi kehidupan anak saya.

Menjadi anak tunggal mendorong Nadya yang berasal dari Los Angeles untuk memiliki begitu ramai anak.

Katanya : “Sudah menjadi impian saya sejak sekian lama untuk mempunyai ramai anak, keluarga besar. Saya teramat rindu untuk mempunyai hubungan dan kaitan dengan orang lain, sesuatu yang tidak pernah saya peroleh ketika membesar.”

Hakikat bahawa bayi kembar lapannya diperoleh menerusi teknik penyuburan menyebabkan banyak tanggapan berbeza mengenai wanita itu. Kemudian, apabila media mendedahkan bahawa anaknya yang lain juga diperoleh menerusi teknik penyuburan, bermulalah satu perbahasan hangat mengenai tindakan wanita itu.

Nadya dan doktor yang membantu proses kehamilan cara itu diselar hebat.

Namun, sambil membelai kepala anaknya, Nadya tidak sedikitpun menunjukkan rasa kesal atau kecewa, jauh sekali tertekan.

“Ini Noah. Dia semakin sihat,” kata wanita itu perlahan.

“Ini pula Jonah. Dia mencetuskan masalah. Jeremiah pula menjalani rawatan sakit kuning....”

Lapan bayi ajaib itu dilahirkan pada 26 Januari lalu. Pasukan perubatan seramai 46 orang di Hospital Kaiser Permanente mulanya menyangka hanya ada tujuh. Tetapi, tiba-tiba muncul bayi yang kelapan. Ia mungkin terlindung oleh adik-beradiknya yang lain ketika ujian pengimbasan.

Bayi itu pada mulanya dilabelkan ‘A’ hingga ‘H’ sebelum dinamakan Noah, 12.1 kilogram, Maliah, 1.24, Isaiah, 1.47, Nariah, 1.13. McCai 680 gram, Josiah, 1.24 kilogram, Jeremiah, 595 gram dan Jonah 1.21 kilogram.

Seorang demi seorang bayi itu akan dibawa pulang dalam masa beberapa bulan lagi ke rumah Nadya yang dikongsi bersama ibubapanya.

Keinginan Nadya untuk memperoleh anak bermula sejak dia berkahwin dengan Marcos Gutierres. Pasangan itu sudah bercerai. Nadya tertekan selepas mengetahui dia tidak mampu mengandung secara semula jadi.

“Saya berdepan dengan banyak masalah. Satu-satunya pilihan yang ada ialah menerusi teknik penyuburan,” kata Nadya.

Dia menjalani proses pengeluaran benih sementara seorang teman lelaki bersetuju mendermakan sperma dan embrio pertama berjaya dimasukkan pada 2001.

“Kemudian, apabila dilahirkan dan anak saya semakin membesar, saya sedar dia perlukan adik. Saya lahirkan tiga lagi selepas itu sebelum melahirkan bayi kembar dua pada 2006,” katanya.

Nadya menggunakan wang bantuan untuk orang kurang upaya bagi membiayai rawatannya.

“Saya juga bekerja dua syif sehari. Saya berjimat. Selepas yang keenam, terlintas di hati saya untuk memiliki lebih ramai lagi anak.”

Kerana tidak mahu membazirkan baki enam embrio, Nadya meminta doktornya menanam semua embrio itu pada dirinya. Dia tidak sangka semuanya akan hidup dan dua daripadanya akan membentuk dua lagi pasangan kembar.

“Orang ramai mungkin tidak menyedari mengenai hal ini. Nisbahnya amat rendah untuk satu embrio menjadi bayi. Yang paling banyak yang saya jangka hanyalah kembar dua,” kata wanita itu.

Hanya sebulan selepas proses penanaman embrio itu, perut Nadia sudah membesar luar biasa.

“Saya menjalani ujian pengimbasan dan pada mulanya mereka hanya melihat lima. Saya begitu gembira dan terharu,” katanya.

Malah, ketika doktor menerangkan bahaya dan ancaman kesihatan yang dihadapinya dan juga kandungannya, Nadya masih tidak bimbang atau takut.

Tetapi dia mengaku, ketika tarikh melahirkan kandungannya semakin hampir, dia berasa bersalah, bimbang dan kecewa terhadap dirinya.

Bagaimanapun, proses melahirkan itu berjalan lancar.

“Ia sungguh menakjubkan. Semuanya berjalan lancar, tenang dan tersusun. Tetapi tiba-tiba berlaku hiruk-pikuk. Orang ramai marah dan mengutuk saya. Ketika itu saya mula menangis. Saya begitu terkejut.”

Walaupun Nadya bertegas menyatakan dia gembira untuk menukar 250 lampin seminggu dan menyuapkan makanan 320 kali kepada anaknya, ramai pakar sangsi keupayaannya.

“Sepanjang 30 tahun saya tidak pernah memberi rawatan penyuburan kepada wanita yang sudah mempunyai enam anak. Saya juga tidak pernah mendengar ada doktor lain yang melakukannya,” kata pakar sakit puan, Dr David Adamson.

Pakar sakit jiwa, Jenn Berman pula berkata: “Mustahil bagi satu orang untuk memenuhi kehendak semua 14 anaknya.”

Ibu Nadya begitu marah dan berkata dia sungguh kecewa dengan tindakan anaknya.

Pelakon, Naomi Watts berkata, dia tidak tahu bagaimana Nadya akan membesarkan anaknya.

‘Keluarga yang mempunyai dua anak juga sudah boleh dianggap ramai,” kata pelakon itu.

Namun, Nadya Suleman tidak bersetuju.


no coment jer la...ekekeke..payah mmg payah seorang ibu nk jage ank yg beg2 ramai...tp xmustahil..kerana ibu mempunyai ati yg beg2 penyayang...kasih ibu kasih sejati..bez gak dpt baby kembar...ekekeke..kepada ibu2 yg punyai anak kembar 2...tabah kn lah ati mu d mase menjage baby2 mu itu..kerana di sebalik kesusahan pasti ada hikmatnya...insyaAllah.

LG 1..CARE MACAM C NADYA NIH BUAT DARI SEGI HUKUM ISLAM ADALAH HARAM...KERANA DIA MENGAMBIL BENIH TEMAN LELAKI NYA DAN BUKAN SUAMI NYA YG SAH..TEKNIK PENYUBURAN YG DILAKUKAN NYA TAK SALAH TP BENIH NYA YG HARAM...kalau nk baby ngat...carik la seorang suami yg baik akhlak nya dan iman nya.

Bayi kena dera

DUNGUN: Dia baru berusia 16 bulan, namun kesan calar dan luka kecil pada beberapa bahagian tubuhnya cukup untuk menimbulkan kecurigaan ibu bapanya.

Kecederaan bayi terbabit disedari bapanya yang berusia 30 tahun sebaik mengambilnya dari pusat penjagaan kanak-kanak berhampiran rumah mereka di Taman Bersekutu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Pasangan suami isteri itu menghantar bayi lelaki itu ke pusat penjagaan kanak-kanak terbabit setiap hari berikutan kedua-dua mereka bekerja.

Difahamkan, bayi berkenaan berada di pusat penjagaan itu bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Bagaimanapun, bapa mangsa yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta di daerah ini terkejut apabila mendapati sebahagian besar tubuh anaknya terdapat kesan calar dan luka kecil.

Khuatir dengan kecederaan dialami bayinya, lelaki itu membawanya untuk rawatan di sebuah klinik swasta di daerah ini kira-kira jam 9.30 pagi semalam, tetapi disarankan membuat laporan polis kerana curiga dengan kecederaan itu yang disyaki berpunca daripada perbuatan manusia.

Bagi mendapatkan kepastian, doktor klinik berkenaan menyarankan pasangan suami isteri itu membuat rawatan susulan di Hospital Dungun (HD).

Tindakan HD merujuk kes bayi berkenaan kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ) semakin meresahkan pasangan itu yang curiga dengan kecederaan anak mereka.

Dipetik daripada artikel harian metro 03 Mac 2009 .../..

asyik2 kes dera baby...budush betul orang yang dera baby 2..cube anak ko yg kene dera xke padah rasa nya...senang citer r..lau ko mse kecik2 ko kene blasah aper yg ko rase mse 2..mest r sakit kn...xkn r dengan rela ati ko smpai ati nengok baby 2 kene sekse...xkesian ker kat baby 2...xrase syg ker kat baby 2..mater baby 2 bundar jer pndang korg yg suke nyeksa baby...cube la sekali sekala b4 korg henyak baby 2...korg pndang mater baby 2 betul2..ida percaya pas korg pndang mater baby 2...mest korg xkesampaian ati nk dera baby lg da..pling xpn...naluri ati seorang ibu n bapak 2 mest ader gak r..lau PENAT NGAT WAT KEJE...trik napas..ngucap byk2...pas2 senyum jer..grenti korg xrase nk dera baby lg da pas nih..praktik kn la care 2...Allah Maha Berkuasa dan Penentu segala-galanya.

Trauma pramugara

KUALA LUMPUR: Seorang pramugara melalui tiga hari penuh menakutkan apabila diugut bunuh menggunakan pisau Rambo, selain penculik mengancam meletakkan mayatnya ke dalam belahan tilam sejurus dibunuh.

Malah kumpulan penculik terbabit menggunakan lebih RM20,000 wang mangsa yang dikeluarkan melalui mesin ATM selepas diarahkan memberi nombor pin.

Selain kaki dan tangannya diikat, enam penculik dipercayai warga Pakistan itu membelasahnya hingga lembik ketika ditahan dalam hotel, 23 Februari lalu.

Bagaimanapun, pramugara berusia 34 tahun dari Puchong itu berjaya diselamatkan selepas keluarga dan rakan menyedari kehilangannya mencari mangsa dengan bantuan ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan.

Hasil pencarian itu, mereka menemui kereta mangsa di tempat letak kenderaan hotel di Jalan Pudu. Mengesyaki sesuatu tidak baik berlaku kepada mangsa, kumpulan itu berusaha menyelamatkannya.

Dipetik daripada artikel harian metro 03 Mac 2009 .../..

Misteri ajal bayi

KOTA BHARU: Seorang bayi perempuan berusia 14 bulan yang ditinggalkan ibunya dengan hanya ditemani seorang kakak berusia tiga tahun di rumah mereka di Taman Mesra, Gua Musang, meninggal dunia dalam keadaan misteri, semalam.

Bayi malang itu mempunyai kesan cedera di kepala dipercayai akibat hentakan benda tumpul hingga membawa kepada kematiannya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, berkata setakat ini, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut, tetapi tidak menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah dalam kes terbabit.

Beliau berkata, terdapat pelbagai punca kecederaan mangsa, termasuk terjatuh atau babitkan anggota keluarga.

“Polis masih menunggu laporan hasil bedah siasat dijalankan pakar forensik di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini untuk membantu siasatan dan mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, seorang ibu tunggal berusia 30 tahun yang bekerja di Hospital Gua Musang, dikatakan kebingungan dengan kematian anak bongsu daripada dua beradik itu yang kematian bapa kandung ketika baru berusia lima bulan.

Dia menyedari anaknya itu dalam keadaan lemah ketika mahu menyuap makanan sebaik pulang ke rumah selepas selesai bekerja jam 6 petang.

Dia yang mulai risau membawa mangsa ke sebuah klinik swasta di bandar ini untuk pemeriksaan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia jam 6 pagi semalam di HUSM sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk dibedah siasat.

Cubaan wartawan Harian Metro menemubual wanita itu gagal berikutan dia enggan memberikan kerjasama.

Ibu mangsa dilihat masih tergamam ketika hadir di pekarangan HRPZII.

Difahamkan dia menyerahkan segala-galanya kepada hospital dan polis untuk menjalankan siasatan.

Nenek saudara mangsa, Ramlah Idris, 45, pula menyatakan dia hanya mengetahui berita kematian bayi itu apabila dihubungi ibu saudara mangsa yang berada di Kuala Lumpur.

“Sebaik dimaklumkan berita itu, saya dan suami terus bertolak dari Besut menuju ke HUSM, tetapi diberitahu mayat dibawa ke HRPZII.

“Kami tidak tahu cerita sebenar kerana tidak sempat berjumpa ibu mangsa yang terus bergegas pulang ke Gua Musang.

“Malah, kakaknya berkali-kali cuba menghubungi tetapi gagal kerana telefon bimbitnya ditutup,” katanya ketika ditemui, semalam.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa sering ditinggalkan dengan hanya ditemani kakaknya di rumah dan sekali-sekala dihantar ke rumah datuk mereka di Jertih, Terengganu.


Dipetik daripada artikel harian metro 03 Mac 2009 .../..