Wednesday, February 25, 2009

ekekkekekke..

se mcm nk ngis jer ajar mber br ida nih dok wat blog...ekekeke slh ida gak...xgtau dia tul2...klaka2..kes slh paham r nih..ekekeke..dia tnyer camner nk paste code clock 2...n ida gtau dia la dr 1 ke 1....tp dia xphm2 gak..igt kn dia lnsung xtau...ghupe nyer...slh phm...adeh....wateva..ida mmg xreti nk ajar org..sbb ida pakai tibai jer...faham2 sniri sudah..ekekeke...sbb 2 xleh jd cikgu...mmg xlayak pn ekekekek..
Assalammua'laikum...


Tanya diri anda, adakah anda sudah senyum kepada rakan-rakan anda?

......................................................

Tanya diri anda, adakah anda sudah memberi salam kepada rakan-rakan anda yang muslim?

......................................................

Tanya diri anda, adakah anda sudah sarapan?

......................................................

Tanya diri anda, adakah anda sudah bertanya khabar insan tersayang anda?

......................................................

Tanya diri anda, adakah anda sudah selesai menyiapkan kerja semalam?

......................................................

Tanya diri anda, adakah anda pernah membuat salah kepada seseorang?

......................................................

Tanya diri anda, adakah sudah meminta maaf kepada semua orang?

......................................................

Tanya diri anda, adakah kenangan semalam sentiasa bersemadi dalam ingatan anda?

......................................................

Tanya diri anda, adakah anda pernah melakukan kesalahan?

......................................................

Renung-renungkan lah diri kita (muhasabah)
Kita hanya makhluk ciptaan Allah, pernah melakukan pelbagai kesilapan..dan selesaikan lah perkara-perkara kecil yang tidak begitu penting bagi anda supaya anda dapat menyiapkan diri anda untuk melakukan perkara yang lebih berat...yang paling penting dalam segala urusan yang kita lakukan adalah sentiasa mengingati Allah.InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan segala urusan yang kita lakukan itu../...

Tuesday, February 24, 2009


Isteri naik hantu

KUALA LUMPUR: Hanya air mata dapat menceritakan keperitan seorang lelaki apabila sering dibelasah isterinya yang disifatkan sebagai ahli gusti gila semata-mata kerana tidak suka mendengar nasihat sejak tiga tahun lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai John itu mendakwa, isterinya berang apabila dinasihat menghentikan tabiat buruk gemar berkaraoke dan berhutang dengan along hingga mengabaikan anak yang sakit.

Penyelia stor itu berkata, isterinya berusia 30 tahun itu mempunyai kekuatan luar biasa apabila ‘naik hantu’ hingga mampu mencekik sebelum menghempas kepalanya ke dinding rumah.

Malah, lebih menakutkannya apabila wanita terbabit mengugut mahu membunuhnya dengan pisau dan serpihan kaca botol.

Ini menyebabkan John kerap melarikan diri apabila isterinya mengamuk.

John berkata, tingkah laku ganas isterinya sukar dibendung, malah ada kalanya diibaratkan sama seperti haiwan ganas.

Dalam kejadian terbaru jam 7.30 malam baru-baru ini, dia menghubungi isterinya di pejabat dan meminta segera pulang ke rumah berikutan anak lelaki berusia hampir dua tahun diserang lelah.

“Saya merayu supaya anak dibawa ke klinik di Wangsa Maju untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia memberi alasan sudah mempunyai rancangan untuk berkaraoke bersama rakan selepas waktu pejabat.

“Lantaran itu, adik kandung saya membantu menghantar anak ke klinik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut John, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada isterinya yang pulang tengah malam, tetapi dihadiahkan dua penumbuk di muka.

Ketika itu, mangsa sedang mendukung anaknya yang menangis sakit. Isterinya pula langsung tidak menunjukkan simpati sebelum menendang suaminya hingga hampir terjatuh.

Sambil menunjukkan kesan tumbukan isterinya pada tiga pintu bilik rumah, John berkata, dia tidak dapat mempertahankan diri berikutan ketika itu menutup kepala dan badan anaknya kerana bimbang turut dicederakan.

Selepas puas membelasah suaminya, wanita itu keluar sebelum pulang keesokan hari dengan mengurung diri dalam bilik.

“Sebaik bangun daripada tidur, dia kembali mengganas mencekik leher saya sebelum menghentak kepala saya ke dinding.

“Serangan mendadak itu menyebabkan saya terkejut selain anak saya menangis akibat ketakutan. Dia meluru ke dapur sebelum mengambil pisau dan mengacukannya ke arah saya,” katanya.

Mangsa bagaimanapun merampas pisau berkenaan selepas bergelut dengan isterinya.

“Isteri saya kemudian mencapai botol kaca minuman sebelum menghentak ke arah rak dapur untuk memecahkannya. Disebabkan ketakutan, saya mencapai anak sebelum melarikan diri,” katanya sambil mendakwa isterinya menelan beberapa biji pil sakit kepala untuk menyambung tidur.

Dalam kejadian lain, dia sekadar bertanya kepada isterinya menghilang sehari suntuk dengan mengabaikan suami dan anak.

“Entah mengapa dia tiba-tiba mengamuk dan menjadi agresif sebelum menghempaskan semua perkakas rumah, termasuk pinggan mangkuk di dapur,” katanya.

Lelaki malang itu berkata, isterinya cuba menyerang anaknya menyebabkan dia terpaksa melarikan diri sebelum menghubungi talian Rakan Cop untuk mendapat bantuan polis.

“Sebaik polis sampai ke perkarangan rumah, isteri semakin naik angin dan tidak membenarkan kami masuk ke dalam rumah walaupun dirayu supaya mengawal perasaan.

“Selepas membuka pintu, dia bersembunyi dalam stor. Selepas dinasihati polis, dia akhirnya berjanji tidak mengulangi perbuatannya itu,” katanya.

John turut mendakwa isterinya menggunakan wang simpanan anak sebanyak RM3,500 untuk berjoli dan memenuhi tabiat buruknya berjudi.

“Apabila ditanya, dia memberitahu semua wang terbabit sudah habis dibelanjakan, termasuk membayar hutang along,” katanya.

Dia yang sudah membuat tiga aduan di Balai Polis Setapak, berkata dia sendiri pernah terjumpa kad kuning dalam dompet isterinya mengandungi nombor telefon seorang lelaki serta beberapa tulisan pinjaman along dengan anggaran melebihi puluhan ribu ringgit.

Dia berkata, isterinya yang sudah meletakkan jawatan kini bersekedudukan dengan beberapa warga asing dari Timur Tengah.

“Saya dapat berjumpanya di rumah sewa barunya dengan membawa anak. Malangnya, kami dihalau,” katanya.

Menurutnya, dia kini dibelenggu masalah baru apabila beberapa lelaki dipercayai along datang ke rumahnya untuk menuntut hutang isterinya.


Dipetik drp artikel Harian Metro 24 Februari 2009 ../...



Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


Ahlan Bina bitatil biladil wa marhaban
Jadad tumul ah dal ladzi kod akhlaqo
La tai asu an tastarid du majdakum
Fala rubba maghlubin hawa sum martaqo

Madad lahul ammal lu fi af lakiha
Khaiturraja ilal u lafa ta sallaqo
Fatajassamu lil majdikul li azimattin
Inni ra aitul majdu so'bal murtaqo

Ahlan Bina bitatil biladil wa marhaban
Jadad tumul ah dal ladzi kod akhlaqo
La tai asu an tastarid du majdakum
Fala rubba maghlubin hawa sum martaqo

Ya Rasullallah Ya Habiballah x4

Shama iluhu maan nasimissiba
Bialthofimin ha wa zahri riba

kasahul maha mida mundus siba
Wa a' rohu min a'ri kulli mazam

Ya Rasullallah Ya Habiballah x4

Monday, February 23, 2009

Muntah-muntah

Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh...
Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.

hakhakhak..tak lawak betul punya cerita. ni lah contoh cerita yang ida baca kat mnazman.com layar jer lah lau korang nk bace cerita yang lain.
KATA-KATA MUTIARA HATI

Koleksi makan diri


KUALA LUMPUR: Bagai satu fenomena hari ini apabila rakaman gambar lucah, khususnya wanita, menjadi perangkap untuk mengugut mangsa, sama ada terus meratah tubuh mereka atau mendapatkan wang.


Malah, ada lelaki bernafsu syaitan dan tidak berhati perut meminta wang saraan setiap bulan daripada bekas teman wanitanya sebagai ganti jika tidak mahu gambar bogel atau seks mereka disebarkan.

Membimbangkan, gejala merakam aksi lucah dan seks berlaku di kalangan pasangan bercinta, berkahwin, penuntut serta golongan eksekutif atau profesional.

Terbaru, tersebar di Internet gambar separuh bogel milik Exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, 37. Penyebaran gambar Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyebabkan Elizabeth menawarkan diri meletak jawatan Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan.



Selain Elizabeth, ramai wanita menjadi mangsa ‘lelaki gila’ apabila gambar lucah mereka disebarkan di Internet.

Metro Ahad mendapatkan pengalaman mereka, yang ada antaranya mengaku berhabis ribuan ringgit demi memenuhi tuntutan bekas teman lelaki di samping menjadi pemuas nafsu.

Ikuti luahan mereka seperti diceritakan kepada Wartawan, FUAD HADINATA YAACOB, SHAMRAN SARAHAN dan MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN.

KES 1: Anisa, 21 tahun, Seri Kembangan

“KERANA Internet, maruah saya tergadai, malah hidup saya musnah. Bukan itu saja, wang simpanan dan juga pinjaman pelajaran, lebur begitu saja kepada bekas teman lelaki.

Saya mengenali lelaki itu melalui laman web sembang dua tahun lalu. Ketika itu saya masih menuntut di sebuah universiti di pinggir Kuala Lumpur dalam bidang agama.

Saya tidak tahu bagaimana saya yang boleh dikatakan berpegang teguh dengan ajaran agama musnah dalam sekelip mata angkara lelaki ini.

Selama beberapa bulan kami bersembang di Internet selain berbual melalui telefon sehingga saya jatuh hati dengannya. Pada satu hari kami mengambil keputusan berjumpa di sebuah bandar di selatan tanah air.

Pada hari itu, saya berseorangan menemuinya kerana yakin dan percaya dia lelaki baik, jujur dan bertanggungjawab.

Namun, saya sangat terkejut, hari itu juga detik hitam dalam hidup saya. Selepas menjamu selera dengannya, kepala saya terasa sakit dan seperti hendak pitam. Lelaki yang saya panggil abang Zed, berusia lingkungan 30-an, membawa saya ke lokasi yang saya tidak ketahui.

Apabila terjaga daripada tidur keesokannya, saya dapati saya tidur dalam keadaan bogel di sebuah hotel. Zed pula ketika itu mengaku meratah tubuh saya beberapa kali.

Lebih mengejutkan, dia turut merakam gambar bogel saya dalam pelbagai sudut. Malah, dia mengugut menyebar gambar berkenaan di Internet jika saya tidak menurut kemahuannya.

Saya takut, menangis dan bimbang serta tidak tahu hendak buat apa. Sejak itu, diri saya tertekan. Hampir setahun saya ikut kemahuan Zed, jika dia hendak tubuh saya, saya akan ikuti kemahuannya.

Di dalam kereta, hotel, tepi tasik atau di mana saja tempat yang ada peluang, kami melakukan seks dengan harapan gambar bogel saya dihapuskan.

Lebih kejam lagi, wang pinjaman PTPTN yang saya dapat hampir RM15,000, semuanya terpaksa diserahkan kepada Zed.

Selain meratah tubuh saya, dia dapat wang. Di universiti, bukan tiada lelaki berminat mendekati saya kerana saya boleh dikategorikan wanita cantik dan memiliki tubuh menawan.

Namun kerana Zed, pintu hati saya tertutup kerana sifat benci kepada golongan itu, malah selama setahun saya menjadi hambanya, saya tidak ceritakan masalah ini kepada sesiapa sehingga pada satu hari, saya disahkan hamil.

Ketika itu saya buntu sehingga berita saya hamil diketahui universiti. Selain terpaksa menanggung malu, saya akhirnya dibuang, malah sehingga kini terpaksa menanggung bayaran pinjaman PTPTN.

Seperti biasa, Zed tidak mengaku atau mahu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada diri saya, malah dia sanggup bersumpah.

Sehubungan itu, saya membuat laporan polis dan kini masih dalam siasatan.”

KES 2: Alis, 27, Cheras

“KAMI bercinta hampir lima tahun dan hidup bersama bagaikan pasangan suami isteri dan tinggal sebumbung di sekitar Cheras, Kuala Lumpur.

Namun, hubungan ini bertukar menjadi mimpi ngeri kepada saya apabila berpisah dengan kekasih sejak Julai lalu, akibat bergaduh dan tiada persefahaman untuk bersama lagi.

Gara-gara membenarkan bekas kekasih merakam aksi ketika melakukan seks menggunakan telefon bimbit, ia menjadi modal kepadanya mengugut saya supaya terus tinggal bersama dan mendapat habuan seks.

Jika saya enggan dan cuba meninggalkannya, dia (bekas kekasih) mengugut menyebarkan klip video lucah membabitkan hubungan asmara kami berdua yang dirakam sebelum ini di Internet.

Kerana terpaksa, saya tinggal bersamanya dan di layan seperti hamba seks selama lebih enam bulan. Dia enggan berpisah kerana mendakwa masih mencintai saya.

Bimbang klip video itu tersebar, saya turuti kemahuannya. Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mahu perkara memalukan ini diketahui orang, terutama keluarga.

Lama kelamaan saya tidak mampu bertahan lagi. Saya tekad untuk membuat aduan dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan berharap masalah ini dapat diselesaikan.

Selepas itu saya membuat laporan polis. Kini semuanya selesai, tapi hidup saya masih tidak tenteram kerana takut bekas teman lelaki ‘menganiaya’ saya lagi.”

KES 3: Marina, 26, Petaling Jaya

“HIDUP saya hampir musnah apabila aksi melakukan hubungan seks bersama bekas tunang tersebar di Internet. Cuma saya bernasib baik kerana klip video berkenaan tidak mendedahkan wajah.

Bagaimanapun, itu hanya ugutan bekas tunang supaya saya akur terhadap segala permintaan, sama ada memberi habuan seks dan wang.

Bekas tunang mengugut mendedahkan klip video yang menunjukkan wajah kami ke Internet, termasuk gambar bogel saya, jika enggan menunaikan segala permintaannya.

Setiap kali memerlukan wang, dia hubungi saya. Jika saya enggan memberi wang, dia ugut hendak sebarkan klip video berkenaan dan menghantarnya kepada keluarga saya.

Perkara itu berlarutan hampir tiga bulan dan duit gaji hampir RM4,000 sudah saya beri kepadanya. Tidak setakat itu, dia juga ambil kesempatan ‘meniduri’ saya.

Perkara terbabit tidak berlanjutan. Selepas itu saya nekad mendedahkan perbuatan keji bekas tunang kepada keluarganya.

Ibu bapa saya marah kerana dapat tahu saya terlanjur dengan bekas tunang. Namun, saya tiada pilihan dan mahu semua (ugutan) itu tidak berlaku lagi.”

KES 4: Erin, 24, Bandar Tun Razak

“IA umpama bala dalam hidup saya. Saya terpaksa berhempas pulas mencari wang sebanyak RM14,000 untuk membayar balik wang dan barang yang pernah dibelikan bekas suami kepada saya.

Bekas suami mengugut akan menyebarkan gambar bogel dan klip video seks ketika kami bersama hampir setahun menjadi pasangan suami isteri.

Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, saya terpaksa menunaikan permintaannya. Malah, barang kemas yang pernah dia belikan untuk saya terpaksa saya pulangkan kepadanya.

Separuh daripada wang gaji yang saya peroleh setiap bulan terpaksa diberi kepada bekas suami. Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana klip video itu hanya mendedahkan wajah saya.

Mahu atau tidak, saya turuti permintaan bekas suami walaupun saya sedar ia tidak wajar dilakukan bekas suami.

Yang saya risaukan, jika saya dapat menjelaskan wang yang dimintanya, adakah dia akan berhenti ‘menagih’ wang daripada saya.

Saya menyesal kerana sanggup membiarkan bekas suami merakam aksi kami ketika berasmara.”

KES 5: Illa, 22, Subang Jaya

“SAYA pernah terlanjur dengan teman lelaki, tetapi tidak tahu bagaimana gambar panas saya dirakam dan boleh tersebar. Begitupun, tidak semua gambar berkenaan adalah tubuh saya kerana ada antaranya saya percaya menggunakan teknik pertindihan.

Saya pernah mendapatkan penjelasan bekas teman lelaki, tetapi dia enggan mengaku menyebarkan gambar bogel terbabit.

Penyebaran gambar berkenaan menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan melampau dan malu kepada rakan dan saya membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya.

Begitupun, hidup saya tertekan selepas itu, apatah lagi rakan juga memperoleh gambar terbabit.

Dalam satu gambar, ia menunjukkan seorang wanita dalam keadaan bogel yang menyerupai fizikal saya duduk di atas katil dan menampakkan payu dara.

Bagaimanapun, ia sangat memalukan, terutama apabila diketahui keluarga saya, sekali gus memberi tanggapan buruk terhadap perilaku saya.

Memburukkan keadaan apabila e-mel peribadi saya turut diceroboh sebelum ia diubah suai individu tertentu dengan niat memalukan saya.

Saya mengesyaki penggodam yang memecah masuk e-mel saya adalah bekas kekasih yang dikenali sebagai K yang sukar menerima hakikat perpisahan kami.

Kekasih berusia 32 tahun dan bekerja sebagai arkitek itu pernah memberitahu saya, dia tidak akan membiarkan saya hidup bahagia kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya yang berani memutuskan hubungan cinta.”

dipetik daripada artikel harian metro 23 Feb 2009

Thursday, February 19, 2009

Bayi mati tersedak susu


TRAGEDI...Juraimi dan isterinya, Nursanisah menuntut jenazah
Daniel di Hospital Serdang, petang semalam.

SERDANG: Seorang ibu hanya mampu menitis air mata pilu apabila bayi lelakinya yang baru berusia tiga bulan mati akibat tersedak susu ketika mangsa dalam jagaan pengasuhnya, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, bayi berkenaan, Daniel Thaqif Juraimi dikatakan tiba-tiba tidak sedarkan diri sewaktu diberi minum susu oleh pengasuhnya yang tinggal di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi di sini.

Difahamkan ketika insiden, pengasuh berkenaan yang turut menjaga empat bayi lain cemas apabila mendapati bayi berkenaan mengalami kesukaran bernafas.

Dia kemudian dikatakan meminta bantuan suaminya sebelum bergegas menghantar bayi berkenaan ke Hospital Serdang.

Bagaimanapun, doktor hospital berkenaan cuba memberikan bantuan oksigen untuk menyelamatkannya namun gagal apabila mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 3.45 petang.

Ibu bayi berkenaan, Nursanisah Sargiman, 31, berkata, dia hanya dimaklumkan oleh pengasuh berkenaan yang juga jirannya berhubung kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Katanya, dia terkilan kerana pengasuh terbabit tidak tampil di hospital untuk menemuinya dan menceritakan perkara sebenar yang berlaku.

“Sehingga kini, saya tidak pasti punca anak lelaki saya itu meninggal dunia dalam keadaan mendadak walaupun bedah siasat mendakwa anak saya itu mati akibat tersedak susu.

“Apa yang saya tahu, selain menjaga anak saya, pengasuh berkenaan turut menjaga empat bayi lain di rumahnya. Walaupun sedih namun saya reda dengan ketentuan Illahi atas apa yang berlaku,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta di Bangi menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan terhadap kes kematian anaknya itu.

Sementara itu bapa mangsa, Juraimi Ali, 33, melahirkan rasa terkejut dan tidak percaya dengan nasib menimpa anak keduanya itu yang mati dalam keadaan mendadak.

Sementara itu, pasangan suami isteri berkenaan dilihat menuntut mayat bayi berkenaan di bilik mayat Hospital Serdang pada jam 6 petang sebelum menaiki van untuk pulang ke kampung Juraimi di Kuala Lipis, Pahang bagi pengkebumian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood yang dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kematian bayi itu dianggap kematian mengejut, tetapi siasatan diteruskan.


Dipetik drp artikel harian metro 19 Feb 2009 .../


Bayi mandi darah

AMPANG: Dia tentunya mengharapkan sambutan mesra anggota keluarga ketika pulang selepas mengikuti pengajian agama selama tiga hari di masjid, pagi semalam.

Bagaimanapun, sebaik Muhammad Ali, 40-an, membuka pintu rumah, dia terkedu sebaik melihat bayi perempuannya, Habizah yang baru berusia setahun meratap di sisi mayat ibunya yang bermandi darah.

Lebih menyayat hati, bayi itu turut menggoncang mayat ibunya yang terbujur di rumah sewa mereka di Lorong Permai 14, Ampang Tasek, Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 9 pagi.

Habizah dipercayai menyaksikan saat cemas ketika ibu, kakak serta sepupunya ditikam sekumpulan penjenayah yang menyamun rumah mereka.



Penjenayah terbabit disyaki menceroboh rumah itu sebelum membunuh tiga penghuninya menggunakan sebilah pisau Rambo.

Mereka menggeledah ruang tamu dan bilik untuk mencari barang berharga.

Habizah bagaimanapun tidak dicederakan, sebaliknya dibiarkan berkeliaran meratap mayat ibu serta dua lagi ahli keluarganya yang sudah tidak bernyawa.

Mangsa yang terbunuh dikenali Nurhajahan, 39, anaknya, Nurazizah, 7, dan Nasir, 22, semuanya warga Myanmar.

Menurut sumber polis, sejurus membuka pintu, Ali terkejut apabila mendapati ruang tamu rumahnya dipenuhi darah selain kesan barangan rumah digeledah.

Dia melihat mayat isterinya terlantar di bilik tidur utama, manakala anak perempuan serta anak saudara lelakinya bergelimpangan di ruang tamu.

Dalam keadaan cemas itu, dia terus mendapatkan Habizah yang disangka sudah mati kerana berlumuran darah.

Namun, bayi itu didapati sedang menangis di sisi mayat ibunya.

Sumber itu berkata, dua lelaki warga Myanmar ditahan berhubung kejadian itu.

Ali yang dikawal ketat anggota polis enggan mengulas apabila ditemui wartawan.

Dia kelihatan tidak dapat mengawal perasaan sejurus melihat mayat isteri, anak dan anak saudaranya dengan kesan tikaman pada badan.

Seorang saksi dikenali sebagai Salimah, 43, berkata dia tidak menduga kejadian itu akan menimpa keluarga terbabit berikutan mereka difahamkan tidak mempunyai musuh.

“Mereka sudah 20 tahun tinggal di sini dan mula menyewa rumah terbabit sejak tiga tahun lalu. Saya turut sedih dengan apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, tidak menolak pembunuhan itu bermotifkan samun berikutan penyerang dipercayai lebih daripada seorang menyelongkar rumah mangsa.

“Pemeriksaan menunjukkan terdapat kesan ceroboh rumah mangsa berikutan pintu belakangnya dipecahkan sebelum penyerang masuk.

“Sebilah pisau dipercayai digunakan untuk menikam mangsa turut ditemui berhampiran tempat kejadian. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302, kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku pada awal pagi berikutan saksi mendakwa melihat keluarga terbabit berada di rumah berkenaan, petang kelmarin.

Dipetik drp artikel harian metro 19 Feb 2009 .../

Wednesday, February 18, 2009

................................

seseme seseme seseme...xsuke betul r nk seseme laks!!! bengang tul!!!hieeeeeeeeyyyaaaaaaaahhh!!!!!nothing special 2days... :-(

Gadis silap tekan

SEREMBAN: Mengerikan apabila sebuah kereta Proton Wira dipandu remaja perempuan terbalik dan terjunam ke dalam Sungai Temiang sedalam kira-kira empat meter berhampiran Pasar Besar Seremban di sini, semalam.


Kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari itu hampir meragut nyawa pemandunya, Chin Mei Yuen, 19, dari Taman Layang-Layang di sini yang memandu seorang diri.

Dia dipercayai tertekan pedal minyak sebelum keretanya merempuh besi penghadang lalu terjunam ke dalam Sungai Linggi seluas kira-kira lima meter itu.

Chin bernasib baik kerana hanya cedera ringan dan dia yang trauma dengan kejadian itu dan ditenangkan beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan.



Seorang saksi, Koh Lee Giap, 30-an, berkata dia terdengar bunyi dentuman kuat lalu bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika berjalan kaki menuju ke pasar, saya terdengar bunyi kuat seolah-olah berlaku perlanggaran kenderaan dan terus menuju ke arah bunyi itu.

“Sebaik menghampiri tempat kejadian, saya nampak seorang wanita cuba merangkak keluar dari keretanya dalam keadaan terhoyong-hayang,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi JPAM untuk memaklumkan kejadian itu.

Sementara itu, Pegawai JPAM Seremban, Kamalruzamal Kasa, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.50 minit tengah hari.

“Mangsa dikeluarkan orang ramai dari kenderaannya.

“Dia hanya cedera ringan dan mengadu sakit di leher sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.


dipetik daripada artikel harian metro 18 feb 2009 ...

Tuesday, February 17, 2009

Islam tidak halalkan suami dera isteri

KUALA LUMPUR: “Orang yang berkasih-sayang adalah orang yang beragama,” kata Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa golongan lelaki tidak bertanggungjawab dikesan menggunakan budaya dan agama sebagai alasan untuk melakukan keganasan terhadap wanita.

Menurut Dr Robiah, agama tidak mengajar penganutnya menjadi jahat apatah lagi melakukan kekerasan terhadap keluarga sendiri.

“Asas dan pegangan agama yang kukuh menjadikan individu hidup dalam pedoman dan peraturan bukan hidup dengan peraturan yang direka sendiri.

“Jika mereka mengatakan ada agama yang menghalalkan kekerasan, maka dia hanya menggunakan agama sebagai alasan demi menunjukkan apa yang dilakukan itu tidak menyalahi undang-undang,” katanya.

BABE DLM LACI ADALAH ANAK PEMBANTU RUMAH


KANGAR: Bayi perempuan yang ditemui dalam laci almari di rumah pengawai kanan polis di Taman Fauziah di sini semalam adalah anak pembantu rumah pegawai wanita berkenaan.

Pegawai kanan polis itu yang enggan namanya disiarkan, berkata pembantu rumah rakyat Indonesia terbabit mengaku bayi berkenaan adalah miliknya.

Walaupun sebelum ini menafikan berkali-kali, pembantu rumah berusia 22 tahun itu akhirnya mengakui bayi berkenaan adalah anaknya selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), kata pegawai kanan polis itu.

Pada kira-kira jam 9.30 pagi semalam, pegawai kanan polis berusia dalam lingkungan 30-an yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis itu menemui seorang bayi perempuan di dalam laci almari yang digunakan oleh pembantu rumahnya.

Ketika menyoal pembantu rumahnya itu, pegawai berkenaan diberitahu bayi itu ditemui di dalam tong sampah berhampiran rumahnya pada kira-kira pukul 6 pagi Jumaat lepas dan pembantu rumahnya membawa bayi itu pulang untuk dijaga.

Beliau berkata pembantu rumah itu sudah bekerja di rumahnya lebih dua tahun lepas dan beliau tidak pernah melihat sebarang kelainan pada pembantu rumahnya yang mempunyai bentuk badan yang agak kecil itu.

“Dia dikatakan mengandung berikutan menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang juga rakyat Indonesia,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah enggan mengulas mengenai perkara itu dan berkata ia masih dalam siasatan.

Yusof berkata pihaknya akan mengambil keterangan lanjut daripada pembantu rumah berkenaan apabila kesihatannya mengizinkan dan polis juga akan memanggil majikan wanita rakyat Indonesia itu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

petikan artikel drp "babe air suam"

Dipetik drp harian Metro..17 feb 2009...

Assalammua'laikum?

...camat pagi budak2 sekalian, pagi ni ida se mcm nk demam pn ade..coz ayo paip kat umah glew punye keruh.sape yg nk bertanggungjawab 2..?huhui.rakyat gak yg jd mangse. ups!!terbaur-baur laks!pagi ni ida pkai baju adik ida yg si angah 2.hakhakhak faddan muke ko angah wei, ko amik aku nyer bag tnpa xcuse haku kn..so, haku pn hammik ko nyer baju nih tanpa xcuse ko faddan muke MU!! :p ...WATEVA..pagi ni ida pakai baju kurung wane oren tudun purple..cute xcute padan xpadan lantak kn jer la!!janji ida pakai baju :p ...bau badan ttp bau asap mutus.nk wat camner..naik mutus bapak haku..so, time jer la..sib bapak haku sangup anto pramik haku..lau idak, habih haku xtau nk p kije lgu maner...cucah tol!!se mcm xlarat sgt nih.. :-( ...SEMLM, adik ida numbus 3 greng cendawan hakhakhak ade kepatot dia p bancuh tepung nya ngan ayo..tp...okies gak r se nyer...cume teknik nyer xbaper nk betul hakhakhak :p ..faris..faris..hakhakhak :p ..sepatot nya...cendawan tuh dgolek2 jew ngan tepung tuh...pas2 trus jer greng xyah bancuh pn..huhui.pagi nih abah ku bekal kn haku karipap,cucur picang n kuih yg haku xsuke kuih kacang ijo sume seketul2!!ni pn xtau r leh abih ker idak..bohsan asik2 kuih yg samer jew tiap2 pagi!!!..wateva low...smpai cni jer la celoteh hamba d pagi ini.

Sekian,timeceh.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

:p

Monday, February 16, 2009

....................


Siapa lebih berhak menilai erti sebuah persahabatan.aku xpunyai sahabat.aku hanya tau yg diri ku ini sorg2..xde saper yg dpt menjadi teman bicara ku.tidak ade sorg pn yg dpt menilai sejauh maner hati ku prasaan ku ini kpd mereka.kadang2 aku terpakse mluah kn isi hati ini dgn berangan dan ckp sorg2..mmg kelakuan sebegi2 tidak baik sbb kiter xbleh pk kn mende yg blum kiter jalani..namun bila aku sunyi, tiada teman bicara..aku cipta sebuah angan2 yg sukar org lain nk paham...mMm...i2 lah behaviour aku sejak kecik2 dlu smpai skang nih xpernah berubah..mungkin juga sbb aku merupakan ank sulong so xde saper yg neman haku berceloteh slain mak. lau mak p maner2..haku cipta agn2 n kehidupan ku sniri...lau nk ckp psl kwn...haku lebih suke kwn ngan laki2 bona erh...sbb laki2 nih lebih menjage ati kiter sbg pompan berbanding pompan..suke nyakit kn ati nih, lg pn kat umah haku lebih rapat ngan adik2 laki2 ku.pompan nih cerewet bebeno..aku nih jenis ckp kadang2 main lepas jew..so, pompan kn xsuke care cam2...laki2 laks jenis xkesah..bkn aweks dia pn ckp cam2 hahahhaha :p ...n lelaki nih suke bg pandangan mcm2...n knowledge dorg kadang2 lebih kedepan..but pompan nih..mende kecik pn nk pk fanjang huhui..so, haku cepat buhsan kwn ngan pompan..N...BUT, sometimes haku kene jge batas2 pergaulan ngan laki2 nih...xleh nk rapat cam kwn ngan pompan, lagi pn haku kene gak jage ati yg tersayang..nnt skali dia merajok...cucah dooo nk p pujoks..kang haku smule dipujok oleh dia huahuahua...<>huahuahua.. :p lg 1, skali dia p carik lain kang haku smule dok umah ngis2 byk2...saper yg cucah lau dia merajok..haku gaks cucah..mMm...skang nih..mse ku lebih pd dok umah...bkn blajar memasak but kije kuw...ngusik mak, adik2 hahahha :p ..i2 lah rutin wajib harian ku...n skang nih haku kurang berkawan..sbb bushan gak kwn2 nih..so, haku lebih suke menyendiri dok senyap2 kat umah...bersambung

Sekian,timeceh.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

:p
PEROMPAK

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."
KENAPA TAK KETAWA BEB!! HUAHUAHUA>>>

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.
Bagaimanapun, ....
dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya.
Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.
Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.
" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati
"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.

Bayi air suam

KANGAR: Seorang bayi perempuan yang baru lahir disimpan seorang pembantu rumah warga Indonesia dalam laci almari selama tiga hari di rumah majikannya di Taman Fauziah di sini.


Bayi itu yang hanya diberikan air suam ketika kelaparan bagi mengelaknya menangis ditemui majikan amah terbabit, seorang pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, pagi semalam.

Pegawai kanan polis wanita berusia 30-an itu yang enggan namanya disiarkan, berkata pembantu rumahnya memaklumkan bayi yang sudah tertanggal tali pusatnya itu tiga hari disorok dalam laci almari itu.

“Saya terdengar tangisan kuat dari bilik amah sebelum terkejut apabila mendapati seorang bayi yang baru beberapa hari dilahirkan berada dalam laci almarinya kira-kira jam 6 pagi tadi (semalam).

“Amah itu mendakwa menemui bayi itu di tepi tong sampah berhampiran rumah Jumaat lalu sebelum dibawa pulang tanpa pengetahuan saya.

“Bayi berkenaan dilaporkan stabil walaupun ditemui dalam keadaan kelaparan selepas tiga hari hanya diberi minum air suam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah, ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi perempuan berkenaan di kediaman seorang pegawai kanannya.

Katanya, bayi itu dalam keadaan sihat dan kini dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk pemeriksaan.

Beliau berkata, pihaknya kini dalam proses mengambil keterangan daripada amah terbabit untuk mengumpulkan maklumat, termasuk bukti untuk mengesahkan penemuan bayi itu.

“Kami menghantar amah terbabit ke HTF untuk pemeriksaan lanjut dan kini masih menunggu laporan perubatan daripada hospital.

“Setakat ini, kami tidak boleh mengulas mengenai dakwaan amah terbabit sama ada penemuan itu benar atau kemungkinan bayi itu anaknya sendiri,” katanya.

Beliau berkata, amah itu mendakwa bayi itu ditemuinya di tempat pembuangan sampah sebelum membawa pulang ke rumah majikan untuk dijaga.

“Dia turut mendakwa menyembunyikan bayi berkenaan dalam bilik, termasuk hampir sepanjang masa disorok dalam laci almari di bilik tidur untuk mengelak disedari majikannya,” katanya.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan atau membuang kanak-kanak dalam keadaan terbiar.


Gelisah lelaki


Itulah luahan hati pelantun lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain, apabila khabar angin dia hangat bercinta dengan Siti Saerah Taruddin bertiup kencang hingga menjadi perbualan hangat di Internet.Menjelaskan kedudukan sebenar, anak jati Kota Singa ini berkata, hubungannya dan Saerah tidak lebih daripada persahabatan. Mereka bertemu buat pertama kali di konsert Akademi Fantasia musim ke-enam disusuli dengan pertemuan di beberapa majlis.“Saya hairan bagaimana boleh timbul gosip kononnya kami bercinta hanya kerana kami dilihat berpasangan ketika Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari lalu.“Lebih kelakar, kami dikatakan berpegangan tangan dan memakai baju warna sedondon. Hakikatnya memang kami jalan bersama tetapi tidaklah berpegangan tangan seperti diuar-uarkan. Baju pula kebetulan ada warna sama di mana dia memakai busana merah jambu dan hijau.“Sebaik saja mengetahui gosip ini, saya segera menghubungi Saerah untuk bertanya kedudukan sebenar. Saya risau dengan penerimaan Saerah, maklumlah dia datang daripada keluarga baik-baik. Ternyata Saerah juga terkejut dengan cerita tidak berasas itu dan paling dikesalkan, peminat kami mula bergaduh di Internet.“Lebih menyedihkan bila ada yang mereka-reka cerita kononnya saya diundang menyanyi pada majlis sambutan ulang tahun Datuk Siti Nurhaliza kerana saya teman lelaki Saerah. Padahal saya dapat peluang itu tanpa bantuan Saerah, sebaliknya kerana Datuk K dan Siti suka lagu Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang.“Sebagai peminat Siti, sudah tentu peluang ini tidak saya lepaskan, bahkan sangat berbesar hati apabila dapat menghiburkan tetamu pada majlis yang sangat istimewa itu,” katanya yang mengharap perkara ini tidak diperbesar-besarkan.Jelas Imran lagi, itu bukan gosip pertamanya kerana sebelum ini dia pernah dikaitkan dengan Cheryl Samad. Bagaimanapun, khabar angin itu reda dengan sendirinya apabila masyarakat mengetahui dia dan Cheryl diuruskan oleh pengurus sama. Justeru, bukan menghairankan apabila mereka akrab dan sering dilihat bersama.Mengulas perkembangan terkini, penyanyi berdarah kacukan Melayu-Belanda ini rancak mempromosi single terbarunya, Selamat Ulang Tahun Sayang yang kian mendapat perhatian ramai.
Dalam masa sama, Imran sibuk menyiapkan beberapa lagu untuk melengkapi album terbaru berjudul Punca dan Tindakan yang dijangka menembusi pasaran, April depan.
“Berbeza dengan album terdahulu, kali ini saya diberi ruang yang sangat selesa merancang kreativiti serta strategi pemasaran. Terima kasih diucapkan kepada Metadome (M) Sdn Berhad kerana memberi kebebasan ini.“Sebelum album penuh keluar, saya tampil dengan single pertama iaitu Selamat Ulang Tahun Sayang, Disember lalu. Insya-Allah, single kedua iaitu Jika Engkau Pergi akan menyusul tidak lama lagi. Lagu ini turut menjadi lagu tema siri Kisah Yusuf untuk slot Samarinda TV3, Mac ini.“Ada yang berpendapat tuah saya datang daripada slot Samarinda. Dulupun lagu Seribu Tahun popular kerana ia menjadi lagu tema drama Kerana Cinta Saerah.“Tidak dinafikan ramai artis berlumba-lumba mahu lagu mereka jadi lagu tema slot ini kerana ia ditayangkan pada waktu perdana dan ramai penonton. Secara tidak langsung ia menjadi medium promosi yang bagus. Saya berterima kasih kepada penerbit dan pengarah Kisah Yusuf kerana memilih lagu ini,” katanya.Sambungnya, single ketiga, Radio cukup istimewa kerana dia berkolaborasi dengan juara Raja Lawak musim kedua, Nabil. Proses rakaman lagu yang menggabungkan irama 1950-an dan 1980-an ini akan dilakukan dalam waktu terdekat.Penyanyi bertubuh tinggi ini turut melahirkan rasa syukur apabila percubaannya mencipta nama di Malaysia mendapat maklum balas positif. Sepanjang setahun memahat nama, rezekinya tidak pernah putus bahkan dia mendapat laluan selesa.Justeru, dia nekad untuk terus setia menyanyi selagi diterima dan dalam masa sama melebarkan sayap sebagai penggubah lagu.“Mungkin ramai tidak tahu, menyanyi bukan minat sebenar saya, sebaliknya saya mahu dikenali sebagai penggubah lagu. Saya akui tidak memiliki suara hebat tetapi ia menjadi demo kepada orang lain untuk mempromosi lagu ciptaan saya.“Syukur, setakat ini ramai mula memberi perhatian terhadap karya saya dan meminta saya menghasilkan lagu untuk mereka. Buat masa ini saya menyiapkan lagu untuk Dina dan beberapa kumpulan nasyid.“Sebagai penggubah, saya lebih terpanggil menghasilkan karya bersifat membina. Saya mahu lari daripada tema lagu Melayu yang sinonim dengan perkara menyedihkan seperti tinggal atau ditinggalkan. Bagi saya, perlu ada perubahan dalam lirik, di mana kita perlu memberi harapan kepada pendengar supaya meneruskan hidup dengan tabah.“Selamat Ulang Tahun Sayang misalnya, ramai menyangka ia lagu ucapan selamat hari jadi daripada seorang kekasih kepada buah hatinya. Hakikatnya, skop lagu ini lebih luas di mana ia mengenang kembali perkara yang pernah berlaku dalam kehidupan seharian.“Ia boleh jadi persahabatan atau adik beradik dan tidak terbatas kepada hubungan cinta saja,” katanya yang mendapatkan khidmat Ahmad Fedtri Yahya untuk melengkapi lirik lagu berkenaan.Sebagai tanda penghargaan terhadap peminat, Imran menganjurkan peraduan mencipta lirik untuk lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbarunya.“Saya sudah menyiapkan promo lagu ini dan akan menyiarkannya dalam laman web saya iaitu imranajmain.com. Ia mungkin menjadi lagu terakhir dalam album saya. Peminat yang berjaya menghasilkan lirik terbaik akan dicatatkan sebagai penulis lirik lagu ini.“Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi laman web yang saya sebutkan tadi,” katanya.DataNAMA: Ahmad Imran Husaini AjmainUMUR: 27 tahunLAHIR: 25 April 1981 di Hougang, SingapuraALBUM: Sudah Tu Sudah, Dengan Secara Kebetulan dan Dengan Secara Kebetulan (Edisi Deluxe)KERJAYA: Penyanyi, komposer dan penerbit albumLAGU POPULAR: Seribu Tahun, Kata Orang, Ghaib Mu dan Malu
Assalammua'laikum...
pagi nih ida xder per nk dkunsi kn..nu cument coz noting spesel pn nk dcter kn..pkiran buntu n runsing...byk mslh lum setle..se nk jerit kuat2..sekuat ati smpai pecah anak tekak...pagi yg sengal nih ida xmo sarapan coz xlapar pn...lau lapar pn tarak selera..bukan nya apa...da tekak asik se nk muntah jer..aper tah...camner nk mamom..pikiran asik mlayang jer...huhui..mlm da xdpt nk tdus...se mcm ade mende jer ggu..mMm..lau dlu tdus gelaps2..skang jgn arap lew...asik tdus dlm terang jer.....huhui...sekian, smpai 2 jer la ida dpt luah kn wat mse nih...mls nk update blog mse cuti...oh yer..jumaat ri 2 ida cuti coz sakit yot...mMg xleh nk dtg kije..bgn pn xleh...terpakse cuti gaks..nk p amik mc ida xmo..kang dokto ckp len kang...susah ati laks..so, jumaat, sab2 n ahad x on9 trus kat umah..MALAS + XLARAT.so, sapaer2 yg carik ida kat ym tuh..ida mx sory ngat2...xdpt nk on9..

Sekian, timeceh.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

:P

Nikmat suami muda



KUALA LUMPUR: Selepas hangat dengan kes perceraian, kini muncul satu lagi ‘warna-warni’ dalam dunia hiburan tanah air apabila secara kebetulan dan tanpa dirancang ramai artis wanita memilih lelaki muda sebagai suami.Berdasarkan pemantauan, lima artis dan seorang personaliti televisyen wanita memilih suami yang jarak usia jauh lebih muda berbanding mereka.Menduduki senarai teratas trend berkahwin dengan ‘pucuk muda’ ialah pelakon, Rosnah Mat Aris, 54, yang memilih lelaki bujang, Tajul Efendie Isa, 28. Perbezaan umur di antara mereka ialah 26 tahun.Ini diikuti Khalidah Adibah Ahmad, 52, atau nama komersialnya, Aida Radzwil yang berkahwin dengan Joe Radzwill, 39, pada 2002 (beza 13 tahun).
Mereka disusuli pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 33, dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 22, (beza 11 tahun) melalui perkahwinan mereka yang mencetus kontroversi hujung tahun lalu.
Seterusnya, penyanyi dangdut, Rashidah Hamid atau lebih dikenali sebagai Sheeda, 40-an dan guru, Shukri Hashim 30-an (beza 10 tahun) serta personaliti TV3, Azizah Ariffin, 40, dan Eksekutif Pemasaran di Jabatan Pemasaran TV3, Mohd Khafairil Mohd Khalil 30, (beza 10 tahun).Pasangan terbaru yang memasuki senarai ialah pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar, 30, dan koreografer popular, Linda Jasmine Hashim, 37 (beza tujuh tahun), yang selamat mendirikan rumah tangga semalam.Rosnah ketika dihubungi berkata, tiada bezanya berkahwin dengan lelaki lebih muda kerana tanggungjawabnya tetap sama.Kata Rosnah, dia berkahwin kerana jodoh dan bukan ada sebab lain yang mendorongnya memilih lelaki muda.“Jika kahwin dengan lelaki sama usia atau lebih tua dari kita, ia tetap sama. Saya tiada masalah kahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda dari saya.“Blue (Tajul Efendie) sangat matang walaupun usianya jauh lebih muda dari saya. Justeru, kami mempunyai persefahaman antara satu sama lain,” katanya.Menurut Rosnah, dia bukan memilih lelaki lebih muda untuk ‘berseronok’.“Kalau fikir nak seronok, baik saya tak payah kahwin. Perkahwinan memerlukan kita menjaga suami dan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri,” katanya yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila pada awalnya menafikan berkahwin, sebelum akhirnya mengakuinya.Rosnah berkata, kehidupan suami isteri yang dilaluinya sama dengan pasangan lain dan dia turut mengecapi bahagia.“Walaupun masing-masing sibuk, dia (Blue) balik malam dan saya juga balik malam, tetapi kami memanfaatkan masa terluang bersama.“Paling menyeronokkan, kami kerap meluangkan masa masuk ke dalam hutan untuk memburu. Ini pengalaman baru yang belum pernah saya lalui sebelum berkahwin dengannya,” katanya.Sejak berkahwin dengan Blue, rezeki Rosnah nampaknya semakin bertambah apabila kini dia dan suami memulakan perniagaan produk kosmetik dan kolam ikan. Bagaimanapun, permintaan Metro Ahad untuk mengambil gambarnya bersama suami tidak dapat dipenuhi.“Suami saya tak mahu glamor,” kata Rosnah.Bagi Sheeda pula, tidak timbul perasaan bangga dalam dirinya apabila jodoh kali ketiganya ditakdirkan dengan seorang guru yang 10 tahun lebih muda darinya.“Saya berkahwin dengan suami lebih muda bukan untuk berbangga, tetapi ia jodoh yang ditetapkan. Jika ada yang beranggapan saya mengamalkan petua tertentu untuk memikat lelaki muda, ia tidak benar kerana saya tidak berbuat demikian,” katanya.Menurut Sheeda, perkahwinannya juga diibaratkan seperti ungkapan ‘cinta tak mengenal usia’ sambil memberitahu, bukan mudah untuk dia dan suami ke jinjang pelamin kerana mereka bukan saja mendapat tentangan keluarga, tetapi masyarakat.“Lima enam bulan sebelum berkahwin, kami menderita juga. Saya perlu meyakinkan keluarga suami dan suami perlu meyakinkan keluarga saya.“Saya juga perlu meyakinkan penduduk kampung suami yang pada mulanya memandang serong hubungan kami. Akhirnya berkat kesabaran, bukan saja keluarga suami, tetapi penduduk kampung suami merestui perkahwinan kami. Begitu juga keluarga saya,” katanya.Sheeda berkata, kejujuran adalah faktor paling penting dalam menjamin kerukunan rumah tangga, apatah lagi apabila berkahwin dengan suami yang lebih muda.“Kalau tak jujur, apa dilakukan memang tidak akan menjadi. Suami pula meyakinkan saya dengan memberitahu terimalah dia seadanya,” katanya.Menurut Sheeda, perkahwinan dengan suami ketiganya bagaikan membuka lembaran baru dalam hidupnya.“Sebelum ini saya bukan orang berniaga, tetapi dia bijak mengajar saya. Kini saya mampu mempunyai produk sendiri, iaitu Kopi Dangdut Kacip Fatimah dan album yang diedarkan sendiri tanpa perantaraan syarikat rakaman,” katanya.Azizah pula menyifatkan umur hanya angka dan bukan faktor utama yang membolehkan perkahwinan itu berkekalan atau sebaliknya.Menurutnya, ada isteri mendapat suami agak berumur tetapi tetap berpisah, dan kerana itu dia beranggapan faktor usia tidak boleh dijadikan ukuran keharmonian rumah tangga.“Saya dan suami tidak pernah ada masalah berkaitan umur ketika mahu melangsungkan perkahwinan hinggalah kami disatukan sebagai suami isteri.“Saya bersyukur suami seorang yang memahami dan tidak pernah menjadikan faktor umur sebagai tembok pemisah untuk kami hidup bahagia seperti pasangan lain,” katanya.Menurut Azizah, dia dan suami percaya persefahaman, kesabaran dan perbincangan perlu ada dalam hubungan suami isteri bagi memastikan tiada pihak membuat keputusan yang boleh mengguris hati pihak lain demi keharmonian rumah tangga.Pada masa sama, Azizah turut memaklumkan, mungkin lelaki muda menerima jodoh bersama wanita lebih berusia kerana sifat tertentu wanita berkenaan yang menambat hati mereka.“Dalam hal suami saya, saya tahu dia pernah mempunyai teman wanita yang juga lebih berusia darinya.“Mungkin dia mahukan wanita berusia kerana matang dalam pelbagai perkara. Saya pernah melayari bahtera rumah tangga dan ada sedikit pengalaman boleh digunakan untuk kebahagiaan kami bersama,” katanya.Berkaitan pandangan masyarakat, Azizah berkata, jika diikutkan apa yang dikatakan oleh orang di sekeliling, pasti semuanya salah dan dia serta suami tidak mungkin bersatu.Katanya, masyarakat ada sebab sendiri untuk memandang serong atau menyokong sesuatu perkahwinan membabitkan isteri lebih berusia dari suami.“Ada rakan sekerja saya bercakap bukan-bukan di belakang saya ketika hari perkahwinan sudah hampir, tetapi saya buat tidak tahu kerana yang mahu berkahwin adalah saya, bukan mereka.“Pada saya, yang penting dalam perkahwinan kami ialah kasih sayang suami isteri serta anak, restu keluarga, saling memahami selain yakin pada jodoh ditentukan Allah SWT kerana kita akan menjadi lebih baik dari semalam jika semua itu ada,” katanya.Bagi Rita pula, dia pernah memaklumkan sebelum ini bahawa hati kecilnya sedikit pun tidak berdetik rasa kesal kerana baginya menjadi isteri kepada lelaki yang sangat dicintai ibarat mimpi menjadi kenyataan.“Doa kami berdua akhirnya dimakbulkan Tuhan walaupun banyak rintangan perlu dihadapi membabitkan pelbagai perkara sepanjang tiga tahun bercinta,” katanya.Suaminya, Aidil juga mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa dia tidak pernah memikirkan soal umur atau statusnya dalam memilih pasangan hidup, asalkan dalam diri wanita itu ada ciri-ciri yang dia mahukan.“Saya bukan lelaki cerewet walaupun pada zahirnya ada yang membuat andaian begitu. Ada juga yang kata saya memilihnya kerana Rita artis popular.“Bagaimanapun kalau hendak diikutkan, beristerikan orang popular lagi susah kerana tekanan dari luar lebih banyak. Cuma sepanjang tiga tahun mengenali hati budinya, Rita wanita yang berbeza berbanding gambaran mengenai selebriti yang sering kita dengar,” katanya.Menurut Aidil, mereka ada beberapa persamaan seperti bersikap sederhana, tidak suka keluar rumah jika tiada urusan kerja dan pelbagai lagi.Aidil juga yakin mahu memperisterikan Rita kerana dia wanita matang, memahami kerjaya dan dirinya.“Tanggapan orang bahawa perkahwinan dengan artis tidak menjanjikan kebahagiaan berpanjangan, rasanya tidak benar kerana saya percaya keikhlasan dalam setiap hubungan akan menjadikan kita kuat untuk berdepan apa saja masalah,” katanya.Bagi aktres, Aida Radzwill pula, hidup dengan berlandaskan hukum agama menjadi pegangannya dalam melayari kehidupan berumah tangga.“Kahwin lelaki muda, sama usia atau lebih tua, cabarannya tetap sama. Kita perlu jujur dengan diri sendiri dan berpegang kepada ajaran Islam,” katanya yang meniti kehidupan bahagia bersama Joe kira-kira tujuh tahun.Menurut Aida, dia bersyukur Joe memahaminya dan bersedia untuk mendengar kata-katanya.“Walaupun dia lebih muda, sikapnya matang. Dia boleh mendengar kata-kata saya dan kami sentiasa berbincang. Segala keputusan dalam sesuatu perkara, kami lakukan bersama,” katanya yang kini bertudung.Sementara itu, jika ‘rekod silam’ dijadikan perbandingan jarak usia paling jauh di antara suami dan isteri, ternyata Rosnah ‘tewas’ dengan pelakon drama Aripah Damanhuri yang kini berusia 60 tahun.Ini kerana Aripah pernah berkahwin dengan lelaki bujang yang jarak usia 32 tahun lebih muda darinya.Aripah berkahwin dengan Norhariman Muhamad pada 21 Mei 1999 ketika dia berusia 50 tahun dan suaminya berusia 18 tahun.Bagaimanapun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila pada 24 Oktober 2008, mahkamah mengesahkan permohonan lafaz cerai yang difailkan bekas suaminya.Info> Azizah Ariffin dan Mohd Khafairil Mohd Khalil atau lebih dikenali sebagai Fairil dinikahkan pada 18 Ogos 2007 di kediaman Azizah di Bandar Utama.> Rita Rudaini Mokhtar dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008.> Rashidah Hamid atau lebih dikenali sebagai Sheeda dan Shukri Hashim bernikah pada 7 Oktober 2008 di kampung Sheeda di Kampung Pasir Pekan, Kelantan.> Rosnah Mat Aris dan Tajul Efendie Isa dinikahkan pada 13 November 2008 di Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak, Selangor.> Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar dan Linda Jasmine Hashim dinikahkan pada 14 Februari di Restoran Bora Ombak, Jalan Ampang.

Thursday, February 12, 2009


MATI DILANGGAR BAS TAK BERPEMANDU


KUALA LUMPUR: Seorang penjual nasi lemak hanya mampu menjerit apabila rakan baiknya yang menunggu bas mati melekat pada sebatang pokok selepas dirempuh sebuah bas ekspres tidak berpemandu yang tiba-tiba meluncur ke arah mereka.Dalam kejadian jam 8.15 pagi semalam, Rohani Abd Ghaffar, 52, mati di tempat kejadian.Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang baru selesai menamatkan waktu bertugas di hospital swasta berhampiran, duduk di tempat menunggu bas berhampiran Jalan Pudu.Saksi kejadian, Rosnah Kassim, 40, berkata, ketika insiden, dia baru membuka gerai menjual nasi lemak dan kuih-muih berhampiran perhentian bas berkenaan.
Menurutnya, Rohani yang juga kawan baiknya sempat singgah menemuinya.
“Ketika itu, dia cukup gembira sambil memberitahu tidak sabar pulang ke rumahnya di Taman Damai Indah 2, Cheras, selepas penat bekerja sepanjang malam.“Dia yang sedikit keletihan hanya duduk tersandar berhampiran pokok berkenaan, manakala saya pula sibuk melayan pelanggan,” katanya.Dia bagaimanapun terkejut apabila tiba-tiba melihat sebuah bas ekspres bergerak tanpa pemandu sebelum melanggar pembahagi tengah jalan.“Saya sempat menjerit ‘Lari! Lari!’ kepada orang ramai dan pelanggan sebelum gerai saya melambung dirempuh bas terbabit yang datang dari laluan bertentangan.“Ketika itu, bas ekspres terbabit meluncur sebelum merempuh Rohani yang tergamam dan tidak sempat mengelak. Kemalangan ngeri itu menyebabkan Rohani berlumuran darah dan gagal diselamatkan,” katanya.Sementara itu, jurucakap polis berkata, pemandu bas terbabit mendakwa bas berkenaan mengalami kerosakan ketika dipandu ke Hentian Bas Puduraya untuk mengambil penumpang.“Ketika pemandunya cuba memperbaiki kerosakan dipercayai pada bahagian bateri, bas itu tiba-tiba bergerak sendiri.“Ia meluncur laju masuk laluan bertentangan dan bergesel dengan sebuah lagi bas ekspres yang diletakkan di baru jalan,” katanya.Katanya, bas itu merempuh tembok berhampiran perhentian bas lalu melanggar Rohani.“Mangsa yang berusia 52 tahun mungkin tidak menyedari bas terbabit menuju ke arahnya,” katanya.Katanya, pemandu bas terbabit dikenali sebagai Amran, 40-an, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Trafik Kuala Lumpur.“Siasatan awal mendapati dia tidak pasti sama ada terlebih dahulu menarik brek tangan bas itu sebelum melakukan pemeriksaan punca kerosakan,” katanya.

DIPETIK DRP HARIAN METRO 12 FEBRUARI 2009


SANGKAL DAKWAAN FASHA


KUALA LUMPUR: “Saya sikit pun tidak rasa tertekan, malah hidup saya lebih gembira daripada dulu,” kata Nora Danish berhubung kenyataan pelakon Fasha Sandha mengenai gosip dia menjalinkan hubungan dengan bekas suami pelakon sitkom Puteri itu menyebabkan Nora tertekan.Nora atau nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 26, berkata Fasha tidak sepatut mengaitkan dia dalam masalah itu.“Saya terkejut apabila Fasha memberi kenyataan saya tertekan dalam gosip yang mengaitkan dia dengan bekas suami.“Saya sudah tidak ada kena mengena lagi dan mengapa saya harus tertekan. Hidup saya kini lebih gembira,” katanya yang dihubungi semalam.
Harian Metro semalam melaporkan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 24, berharap semua pihak menghentikan spekulasi mengenai hubungannya dengan bekas suami Nora, Rizal Ashram Ramli.
Antara gosip itu Fasha dikatakan bercuti ke Pattaya, Thailand bersama Rizal baru-baru ini. Menurut Fasha, gosip itu bukan saja memberi tekanan kepadanya, malah Nora yang baru melahirkan anak.Nora berkata, dia tidak mahu namanya dikaitkan lagi berhubung gosip itu.“Saya tidak mahu komen mengenai gosip itu kerana tidak ada sebarang kaitan. Mungkin satu hari nanti kebenaran akan ditunjukkan,” katanya. Menurutnya, dia akan meneruskan kerjaya lakonannya selepas habis berpantang nanti.“Biarlah anak saya besar sikit baru saya akan meneruskan lakonan,” katanya yang selamat melahirkan cahaya mata, Putera Raiqal Ramli pada 7 Januari lalu di sebuah hospital swasta di sini.Pada 12 Ogos lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan lafaz cerai diucapkan Rizal Ashram pada Februari dan Jun lalu sebagai sah dan memutuskan pasangan itu bercerai dengan talak dua.Hakim Syarie, Ahmad Irwan Ismail membuat keputusan itu selepas mengesahkan dua lafaz talak oleh suami Nora, Rizal Ashram Ramli, 32, berbunyi ‘I ceraikan you’ pada Februari dan ‘Saya ceraikan awak’ pada Jun lalu sebagai sah.Perceraian itu berlaku sewaktu Nora disahkan mengandung tiga bulan dan kerana itu talak hanya jatuh apabila bayi dalam kandungan dilahirkan.



DIPETIK DRP HARIAN METRO 12 FEBRUARI 2009.
Assalammua'laikum?

pagi ni ida mai keja cam beser...buhsan r naik mutus..dok dlm aircon pn buhsan gak..cejuk nyer tlampau lew...seperti pagi2 yg sudah, abah tetap bekal kn ida ngan kuih muih makcik tipah tuh...xsedap pn ida bedal jer r..cek bush xmsuk lg coz dia p HQ wat pemerhatian audit...PA dia pn tarak gak coz cuti..huhui...so, pagi nih ida x2run p bli nasik...lg pn ari2 bli pn xfennah abih nyer...malas mamom..sok se mcm ida nk amik cuti jer..tp...se mcm membazir cuti laks..huhui...xpew r!!tekad da..sok ida nk cuti hakhakhak :D faddan mukes..uwekKks :p ...lew..sepanjang perjalanan ini..hikhikhik...ok geng, stakat ini jer ida dpt cter pg nih..sok cter lg..kehkehkeh :p

Sekian, timeceh.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

:p

Wednesday, February 11, 2009

Assalammua'laikum w.b.t??

erm...selamat pagi sume.. :D ...di pagi ini ida xder per pn nk dikunsi kn..mlain kn...BUHSAN lew ari2 buhsan..ri ni mantoks laks...nk kater x cukup tdo..cukup jer...malahan terlebih cukup..tp...mantoks..tah r...mls amik port mende camni :D ngeeee ..ok r, pagi nih abah ida bekal kn ida lepat pisang, cucur pisang seketul n kuih cucur badak seketul..huhui sib blainan drp bese...skang nih ida xbleh r mamom ayam lg...tekak se hanyir tol!!eeeee...pas2 tlor ayam pn samer gak do..xbleh amik da...lau nk mamom pn..xbleh yg bergoreng, kene mamom yg rebus stengah msk pas2 bubuh kicap lebih...br leh telan..lau idak jgn arap lew...huhui.wateva..bila la mse nyer nk demam nih...se nk try amik mc jer r skang nih..kehkehkehkeh :D ..antibody kuat ngat!!! xdemam2 xsakit2..bushan...lau dpt dok ghumah ni bez nih..kehkeh :p ...pas2 omak den urut kn dahi..hikhikhik :D ...pagi nih ida dtg seperti beser r..abah anto naik mutus..vroOooMMm...huhui..ok, da xder per da ida nk celoteh d pagi ni...

p/s >>>senyum2 sokmo mse wat kije 4 xtegang kn kpala otak ang..sekian, timiceh.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

:p
Rumput dan Kuda

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"
PokCik BaRu LuLus P

ni kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya Naspie. Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. Kisahnya begini ... seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal. Adala police road block ...
Polis : "P" mana pakcik?
Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).
Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?
Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging).
Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).
Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje
Pak Cik : kan mudah camtu ...

Tuesday, February 10, 2009

Assalammua'laikum w.b.t?

selamat pagi semua kwn2 ku..diharap kn korg sihat2 sejahtera sahaja yew..erks, lama ker ida x update blog nih..kehkeh :p ...(MALAS)..ok ok, d pagi ini ida dtg keje seperti bese.xder yg mnarik pn. bau asap mutus ttp buat ida panas baran.n se nk carik mangse gadoh jer skang nih.. :p ...pagi ni ida p bli nasik greng china..(feveret gak r wlopon xsedap) + tlor mate kerbau n sedikit hirisan timun(BUHSAN).erks, mber haku mx tlg rekod kn surat..huhui, enot..lau bwk lik surat tuk direkod kn...abih kn trus kat umah yew..huhui.ok, ida smbung wat keje japs..kang de mse ida post lg kat blog nih..paper hal kn...mula kn pagi mu dgn senyuman yg menawan lg menggoda.jgn trik muncung fanjang smpai leh gntung timba :p ..ida lain r :p

Sekian, timeceh.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

:P

Friday, February 6, 2009


KASIH SUAMI KEPADA ISTERINYA :p

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."
" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

KISAH BENDUL NGAN LURUS :p

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :
Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.
Farid: Baiklah , ibu!
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Undur lagi, lagi, lagi .
Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!
Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !
Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !
Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !